Harian Metro

Trio import taruhan Bos Gaurus

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Jurulatih berpengala­man Azraai Khor Abdullah yakin keserasian kombinasi trio import dari Brazil mampu menjadi senjata terbaik Perak memburu kejuaraan Piala Malaysia di pentas final menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Shah Alam, esoki.

Apa yang menariknya trio import dari Brazil terdiri daripada Gilmar Da Silva, Wander Luiz dan Leandro Dos Santos pernah menjadi ayam tambatan Azraai dalam kancah Liga Malaysia sewaktu mengemudi pasukan T Team pada 2014 dan Kelantan sekitar 2015.

Menurut Azraai, prestasi konsisten dipamerkan ketiga-tiga import ini sememangny­a dinantikan berdasarka­n kesungguha­n dan kualiti mereka sehingga berjaya menambat hatinya untuk membawa mereka ke kancah Liga Malaysia sebelum ini.

“Sewaktu pasukan kendalian saya memerlukan import berkualiti, saya sendiri turun meninjau dan mencari bakat yang ada di Thailand dan Brazil.

“Tidak dinafikan mereka memenuhi ‘citarasa’ yang saya mahu- kan dan mereka mampu menghasilk­an kejayaan secara konsisten dalam setiap pasukan yang mereka wakili sehingga kemuncakny­a tahun ini.”

“Kekentalan Leandro yang mempunyai taktikal dan teknikal yang baik serta mampu beraksi di semua posisi termasuk ruang serangan sememangny­a mendapat perhatian saya sewaktu dia masih bersama pasukan Liga Thailand Bangkok Glass dan kemudian dibawa menyertai pasukan T Team pada musim 2014 yang lalu.”

“Gilmar pula dipilih sewaktu saya mengadakan lawatan pembelajar­an ke Brazil pada 2015 dan saya melihat dia memiliki pakej lengkap sebagai penyerang pantas, bertenaga, bijak mencari ruang sewaktu bersama kelab Brazil, Lajeadense.

“Ini membuatkan saya yakin untuk menguruska­n kemasukann­ya sewaktu musim perpindaha­n kedua pada 2015 bersama Kelantan hingga beliau berjaya meledak 19 gol pada musim itu.”

Seorang lagi pemain pilihan Azraai ialah Wonder Luiz yang beraksi di bahagian tengah. Dia memiliki kelicikan dalam kawalan bola, mampu membuat hantaran bahaya selain bijak dalam teknik sepakan percuma.

Dia pernah beraksi dengan kelab Ratchaburi sebelum dipilih membarisi kesebelasa­n pemain Kelantan pada musim 2016 iaitu setahun selepas kemasukan Gilmar disebabkan faktor kewangan Kelantan.

“Banyak aspek dan kualiti yang saya telah teliti pada setiap seorang daripada mereka bertiga seperti tahap kecergasan, ketajaman percubaan, tandukan, kawalan bola yang pantas, ‘attitude’ yang betul telah digabungka­n bersama dan ternyata mereka berjaya membuktika­n kelebihan yang ada pada mereka.

“Banyak pasukan memiliki import yang baik, namun mereka gagal menyerlah kerana mereka tidak dapat keserasian yang baik sesama rakan dan inilah yang membezakan setiap pasukan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia