Harian Metro

Bukan tua sembaranga­n

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

„ Status pemain paling senior tak gugat Suffian

Status sebagai pemain paling tua dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) tidak sedikitpun memberi kesan kepada penjaga gol berpengala­man Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abdul Rahman.

Sebaliknya bekas pemain kebangsaan itu yang memperagak­an aksi cemerlang ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, minggu lalu bertekad menggunaka­n segala pengalaman­nya untuk mengecewak­an barisan Perak pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.

Pemain yang menjadikan bekas penjaga gol kebangsaan Itali, Gianluigi Buffon sebagai idolanya itu turut berhasrat menambah koleksi kejuaraan selepas memenangi trofi berprestij itu ketika mewakili Negeri Sembilan pada 2004.

“Saya tidak sangka keputusan untuk kembali mewarnai pentas Liga M selepas bersara awal musim lalu sebelum menjadi jurulatih memberi rahmat buat saya sehingga berjaya layak ke final.

“Justeru peluang sebegini pasti tidak akan saya lepaskan sebaliknya aksi terbaik menjadi matlamat setiap kali diberi tanggungja­wab menjaga gawang,” kata pemain yang lebih mesra dipanggil ‘Tiger’ ketika ditemui pada majlis pemain bersama kopi Super Jantan di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, semalam.

Sebelum menyarung jersi TFC pertengaha­n musim lalu, Suffian pernah mewakili lapan pasukan bermula dengan Negeri Sembilan, Telekom Melaka, Selangor, Kuala Muda Naza FC, Sarawak, Pahang, FELDA United dan Sime Darby FC.

Mengenai kemungkina­n pertemuan itu bakal berakhir dengan sepakan penalti, Suffian berkata dia sudah bersedia menghadapi situasi itu.

“Saya sudah menggandak­an latihan jika perlawanan berakhir dengan sepakan penalti, lagipun ini final ketiga saya selepas membantu Negeri Sembilan muncul juara dan Selangor pada 2008 sebagai naib juara,” katanya.

 ??  ?? SUFFIAN
DA Silva
SUFFIAN DA Silva
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia