Harian Metro

Irfan ada ramuan jerat Perak

-

Kuala Terengganu: Perang psikologi dan debaran kehangatan pentas final Piala Malaysia edisi ke- 92 di Stadium Shah Alam, malam esok semakin kuat dirasai.

Bagi pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, beliau tidak gusar dengan apa saja taktikal yang bakal digunakan rakan sejawatnya dari Perak, Mehmet Durakovic dan mengaku sudah memiliki ramuan tersendiri untuk menamatkan saingan 90 minit dengan nota kemenangan.

Lebih menggembir­akan jurulatih berusia 67 tahun itu apabila pasukannya berjaya mengekalka­n rekod tanpa kalah di gelanggang lawan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Namun, jurulatih berpengala­man kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu enggan bercakap besar, sebaliknya tetap menghormat­i reputasi dan pengalaman dimiliki Durakovic walaupun pada masa sama sudah empat kali bertembung sesama sendiri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Berdasarka­n rekod dengan skuad The Bos Gaurus itu, kami masing-masing memegang rekod 2-2. Pada perlawanan pertama di Stadium Perak kami tewas 2-3, tapi pemain kami berjaya bangkit mencatat kemenangan 2-0 pada pusingan kedua, dalam saingan Piala Malaysia peringkat Kumpulan A pula, aksi pertama di tempat mereka kami menumpaska­n skuad itu dengan keputusan 4-3, manakala beraksi di tempat sendiri kami tewas 1-2.

“Daripada empat pertemuan itu, secara tidak langsung kami sudah boleh membaca sedikit sebanyak corak permainan yang bakal diterapkan jurulatih itu biarpun atas padang pertemuan itu pasti sengit dan mendebarka­n,” kata Irfan yang juga digelar pakar taktikal.

Mengenai persiapan pasukannya, Irfan ternyata lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan dan penggantun­gan perlawanan selain motivasi yang tinggi dipamerkan pemain terutama ketika latihan.

“Bagi saya tiada pasukan pilihan, tapi saya anggap pertemuan final ini adalah yang ketiga musim ini selepas pemain kami berjuang habis-habisan menundukka­n Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama dan kedua,” katanya.

„

 ?? Irfan Bakti Abu Salim
Mohd Faiz Mohd Nasir ?? FAIZ Ini final pertama saya dalam Piala Malaysia. Sebelum ini saya pernah menjuarai Piala Presiden, justeru jika jurulatih sekali lagi memberi tugas sebagai perancang, sudah pasti saya mahu lakar sejarah peribadi dan pasukan”
Irfan Bakti Abu Salim Mohd Faiz Mohd Nasir FAIZ Ini final pertama saya dalam Piala Malaysia. Sebelum ini saya pernah menjuarai Piala Presiden, justeru jika jurulatih sekali lagi memberi tugas sebagai perancang, sudah pasti saya mahu lakar sejarah peribadi dan pasukan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia