Harian Metro

Gagal bawa keluar petrol, diesel

-

Semporna: Pasukan

Polis Marin (PPM) menggagalk­an cubaan dua lelaki warga asing menyeludup keluar petrol dan diesel di perairan Pulau Kalapuan dan Pulau Bohey Dulang, dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 20 dan 60 tahun masing-masing menggunaka­n sebuah bot jongkong dan bot pam itu ditahan sepasukan Unit Risikan Marin (URM)

PPM Semporna menerusi Op Pensura selepas dikesan dalam keadaan mencurigak­an di kawasan perairan berkenaan jam 4 petang.

Pemangku Komander PPM Wilayah 4 Superinten­dan Abd

Nasir Othman berkata, selain petrol dan diesel, pemeriksaa­n turut menemui tiga tong gas memasak (LPG) disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Pemeriksaa­n mendapati bot jongkong membawa 27 jeriken (594 liter) minyak diesel, manakala pam bot membawa lima jeriken bersaiz besar dan empat jeriken bersaiz kecil, masing-masing berisi 150 dan 40 liter petrol.

“Juragan jongkong dan pam bot gagal mengemukak­an sebarang dokumen daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung pemilikan barangan kawalan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Abd Nasir berkata, pihaknya merampas bot jongkong dan bot pam bersama satu unit enjin Yamaha 40 kuasa kuda serta dua unit enjin pam yang digunakan suspek sebelum dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Jumlah semua barang rampasan bernilai RM23,050 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA PPM menggagalk­an cubaan dua lelaki warga asing menyeludup keluar minyak petrol dan diesel di perairan Pulau Kalapuan dan Pulau Bohey Dulang.
ANGGOTA PPM menggagalk­an cubaan dua lelaki warga asing menyeludup keluar minyak petrol dan diesel di perairan Pulau Kalapuan dan Pulau Bohey Dulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia