Harian Metro

Penagih asyik berjudi

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

„ Lelaki beri alasan ambil syabu berjaga malam ibu meninggal

Seorang lelaki memberi alasan terpaksa mengambil dadah konon untuk berjaga malam kerana ibunya baru saja meninggal dunia ketika ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Op Perdana di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu antara 10 suspek penagih yang ditahan dalam operasi di tiga kampung di daerah ini bermula jam 1 hingga jam 4 pagi.

Ketua AADK Kudat Fazilawati Aji berkata, ketika ditahan lelaki terbabit asyik bermain judi berhampira­n rumahnya di sebuah kampung, di sini, dan hasil soal siasat dia mengaku mengambil syabu dua hari lalu.

“Dia memberi alasan konon untuk berjaga malam kerana ibunya meninggal dunia lapan hari lalu.

“Lelaki meminta supaya perbuatann­ya mengambil syabu tidak dimaklumka­n kepada bapanya kerana bimbang dia akan sedih,” katanya. Menurutnya, dalam operasi sama, penguat kuasa

itu AADK Kudat menahan sembilan lagi lelaki disyaki penagih.

“Semua mereka berusia 20 hingga 40 tahun positif dadah dan dibawa ke pejabat AADK Kudat untuk tindakan lanjut. Pemeriksaa­n juga mendapati ada dalam kalangan mereka yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).

 ??  ?? OP Perdana AADK menahan penagih dadah di Kudat awal pagi semalam.
OP Perdana AADK menahan penagih dadah di Kudat awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia