Harian Metro

30 sekolah naik taraf

- Norasikin Daineh norasikin_daineh @nstp.com.my

„ Kementeria­n Pendidikan komited tingkat 120 sekolah daif di Sabah

Sebanyak 30 daripada 120 sekolah daif di Sabah dinaik taraf menerusi projek naik taraf dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan sejak dua tahun lalu.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, beliau akan melakukan lawatan lebih kerap ke negeri ini bagi memantau perkembang­an projek berkenaan.

Katanya, lawatan itu adalah komitmen beliau dan kementeria­nnya terhadap penambahba­ikan sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak.

“Selepas ini, saya akan buat lawatan mungkin November. Tiap-tiap bulan datang sini untuk waktu yang lama bagi melihat sendiri (perkembang­an) dan kita dari semasa ke semasa mengikuti perkembang­an sekolah daif dengan dekat,” katanya selepas merasmikan Seminar Penyelidik­an Pendidikan Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul. Terdahulu, Maimunah berkata, setakat ini 30 sekolah daif daripada fasa satu sudah siap membabitka­n beberapa daerah di negeri ini. “Setakat ini, sebanyak 30 sekolah iaitu 28 projek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan (projek) Kementeria­n Pendidikan hanya dua yang siap. Semuanya dalam fasa satu iaitu 120 sekolah.

“Tetapi, belum ada penyerahan (bangunan sekolah) kepada kementeria­n (Pendidikan) kerana masih belum ada peralatan kerusi meja lagi. Secara fizikalnya JKR punya (bangunan) sudah siap.

“Ia (sekolah daif yang siap) membabitka­n sekolah di daerah Penampang, Sandakan, Tawau dan beberapa daerah, tetapi saya tidak dapat perincikan­nya,” katanya.

September lalu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, sebanyak 10 projek menaik taraf dan membina semula bangunan sekolah daif menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBF) di Sabah siap sepenuhnya.

 ??  ?? DR Maszlee Malik melancarka­n Majlis Seminar Penyelidik­an Pendidikan Peringkat Kebangsaan, di Kota Kinabalu, semalam.
DR Maszlee Malik melancarka­n Majlis Seminar Penyelidik­an Pendidikan Peringkat Kebangsaan, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia