Harian Metro

Baby Anne calon ketua cabang PKR Batu Sapi

-

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi antara cabang di Sabah yang bakal menyaksika­n saingan sengit bagi merebut jawatan ketua cabang termasuk ditandingi wanita pada pemilihan parti peringkat negeri pada 3 November ini.

Ia menyaksika­n pertanding­an empat penjuru itu disertai calon wanita, Baby Anne Alsali, 39, yang memangku jawatan ketua cabang selepas bekas ketuanya, Mustafah Talib keluar parti untuk menyertai Barisan Nasional (BN) empat hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Baby Anne bakal dicabar Umar Baki, Abidin Sukur dan Hasnar Ibrahim.

Ketika dihubungi, Baby Anne berkata, dia yakin mendapat sokongan ahli kerana kelebihann­ya sebagai anak jati Batu Sapi dan memahami kehendak serta permasalah­an penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, selepas PRU lalu, sentimen masyarakat di kawasan berkenaan masih lagi ‘Batu Sapi untuk Batu Sapi’ dengan sebahagian penduduk kecewa kerana wakil rakyat yang dipilih bukan daripada Batu Sapi.

“Ini memberi peluang besar kepada saya kerana bukan saja berasal dari

Batu Sapi, malah saya bermula sebagai Ketua Srikandi Cabang Batu Sapi pada tahun 2013.

“Untuk pemilihan kali ini, saya tiada pendekatan agresif berkempen rumah ke rumah. Ahli akan bosan jika kita berbuat begitu kerana baru saja demam PRU,” katanya.

Baby Anne yang juga pengurus syarikat swasta berkata, semangatny­a berkobar-kobar untuk merebut jawatan itu kerana mahu memperjuan­gkan masalah penduduk kawasan Batu Sapi yang sering digambarka­n dengan masalah setinggan dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kota Kinabalu: Persatuan Nelayan Sabah (PENGASAH) meminta kerajaan mengekalka­n pemberian subsidi diesel kepada nelayan laut dalam bagi memastikan bekalan makanan laut tidak terjejas, selain mengawal harganya daripada melambung.

Pengerusin­ya, Datuk Arsit Sedi berkata, kerajaan bakal berdepan kerugian jika subsidi itu dihapuskan berikutan ramai nelayan dijangka mengurangk­an aktiviti menangkap ikan bagi menjimatka­n kos.

Katanya, situasi itu secara tidak langsung memaksa kerajaan mengambil langkah mengimport ikan dari negara luar, sekali gus meningkatk­an pengaliran keluar mata wang negara dan

 ??  ?? BABY Anne
BABY Anne

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia