Harian Metro

Percepat kelulusan

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

„ Sarawak mohon pertimbang­an khas lulus taraf kewarganeg­araan kanak-kanak

Sarawak berusaha mempercepa­tkan kelulusan permohonan taraf kewarganeg­araan individu berusia bawah 21 tahun terutama kanak-kanak supaya golongan terbabit dapat menerima pendidikan sewajarnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincang­kan isu itu.

Beliau berkata, pada pertemuan itu nanti, pihaknya akan memohon untuk mempercepa­tkan proses kelulusan permohonan kewarganeg­araan, terutama untuk kanak-kanak mengikut Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n iaitu kuasa khas untuk mendaftark­an kanak-kanak.

Katanya, pihaknya akan merayu untuk mendapatka­n pertimbang­an khas itu demi memastikan masa depan yang lebih baik bagi kanak-kanak terbabit.

“Seperti tahun sebelum ini, permohonan kewarganeg­araan mengambil masa yang sangat lama iaitu sehingga lima tahun untuk diluluskan.

“Kita tidak mahu ia terus berlaku kerana akan menjejaska­n kanak-kanak ini, terutama dari segi pendidikan dan masa depan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan mengikut Perkara 15A Peringkat Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak negeri, Rosey Yunus; Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak, Jasni Jubli dan Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), Macky Joseph.

Fatimah berkata, kelulusan permohonan kewarganeg­araan mengikut Perkara 15A untuk Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri, bukannya Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan Perkara 15A, peringkat Sarawak.

Katanya, kelulusan itu akan membantu kanak-kanak terbabit untuk menerima kemudahan persekolah­an dan bantuan kerajaan seperti bantuan prasekolah, buku teks percuma, bantuan kebajikan, termasuk kemudahan perubatan di hospital serta klinik kerajaan.

Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 321 permohonan kewarganeg­araan mengikut Perkara 15A diterima oleh Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan peringkat negeri untuk dibentangk­an kepada Kementeria­n Dalam Negeri.

Fatimah berkata, permohonan kewarganeg­araan mengikut Perkara 15A adalah untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai taraf kewarganeg­araan, antara faktornya disebabkan ibu atau bapa mereka adalah warga asing.

“Tahun ini, tiada permohonan yang diluluskan dan oleh sebab itu kita mahu proses kelulusan oleh Kementeria­n Dalam Negeri dapat dipercepat­kan.

“Bagi permohonan yang dibentangk­an mulai November 2016 sehingga Ogos 2017, sebanyak 95 daripada 190 permohonan sudah diluluskan,” katanya. Seramai tujuh graduan orang kurang upaya (OKU) bakal menerima ijazah masing-masing dalam Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-22 pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Mereka adalah antara 4,103 graduan yang akan menerima ijazah peringkat pengajian Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, kejayaan penuntut OKU itu, termasuk seorang daripadany­a berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana amat membanggak­an UNIMAS.

“Kegigihan dan kesukaran dihadapi sepanjang pengajian tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berjaya seperti mahasiswa lain,” katanya pada sidang media Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di Kompleks Mahkamah Lama, kelmarin.

Hadir sama Timbalan

Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman; Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dan Pendaftar UNIMAS, Henry Tening Sengeng.

 ??  ?? FATIMAH (kanan) bersama Macky menunjukka­n kenyataan akhbar.
FATIMAH (kanan) bersama Macky menunjukka­n kenyataan akhbar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia