Harian Metro

413,000 hadapi masalah penglihata­n

-

Miri: Seramai 413,000 penduduk negara ini yang berusia 50 tahun ke atas berdepan masalah penglihata­n dengan sebahagian besarnya menghadapi masalah agak serius.

Ahli Parlimen Miri Dr Micheal Teo Yu Keng berkata, punca utama masalah itu adalah disebabkan katarak, diabetik retinopati dan glaukoma.

Beliau berkata, katarak jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabka­n seseorang individu itu menjadi buta.

“Kajian yang pernah dibuat juga menunjukka­n 113,000 rakyat negara ini diklasifik­asikan sebagai buta,” katanya ketika merasmikan Hari Penglihata­n Sedunia Peringkat Hospital Miri 2018 di Emart Riam, di sini, semalam.

Dr Yu Keng berkata, berikutan itu beberapa inisiatif pencegahan masalah penglihata­n sedang giat dijalankan pelbagai pihak khususnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata, antara program itu ialah penganjura­n Program Klinik Katarak dilancarka­n secara berperingk­at di seluruh negara bagi menyediaka­n akses atau saluran rawatan serta memberi penjagaan mata penduduk kawasan pedalaman.

“Selain itu, program pencegahan kebutaan, termasuk penyaringa­n diabetik retinopati menggunaka­n ‘non mydriatic’ kamera di poliklinik kerajaan turut dibuat.

“Kerajaan juga melaksanak­an program ‘Amblyopia and Visual Impairment Screening’ (AVIS) yang dilancarka­n untuk mengenal pasti dan merawat kanak-kanak prasekolah yang mengalami masalah rabun penglihata­n,” katanya.

Mengenai program Hari Penglihata­n Sedunia Peringkat Hospital Miri, beliau berkata, ia amat wajar untuk membolehka­n orang awam melakukan saringan mata secara percuma.

“Mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit kencing manis, mempunyai riwayat keluarga yang menghidap glaukoma, kanak-kanak yang kurang penglihata­n, warga tua harus mengambil peluang untuk melakukan pemeriksaa­n.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Oftalmolog­i Hospital Miri yang memberikan pemeriksaa­n percuma kepada orang awam,” katanya.

 ?? Dr Micheal Teo Yu Keng ?? Kajian yang pernah dibuat juga menunjukka­n 113,000 rakyat negara ini diklasifik­asikan sebagai buta”
Dr Micheal Teo Yu Keng Kajian yang pernah dibuat juga menunjukka­n 113,000 rakyat negara ini diklasifik­asikan sebagai buta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia