Harian Metro

AMUKAN KHAYAL

Suspek bersenjata parang rosakkan kenderaan, rumah ditahan polis

- Hamzah Osman cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang tiba-tiba mengamuk dengan bersenjata­kan sebilah parang dan bertindak merosakkan kenderaan di Kampung Kuah, awal pagi semalam, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi. Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima maklumat awam mengenai seorang lelaki mengamuk daripada penduduk setempat jam 2.30 pagi.

“Anggota polis yang tiba mendapati seorang lelaki mengamuk bersenjata­kan sebilah parang dan beberapa senjata tajam lain.

“Suspek dipercayai bawah pengaruh alkohol dan metadon turut merosakkan tiga kenderaan serta tingkap rumah penduduk berhampira­n,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam

Mohd Iqbal berkata, polis yang dibantu penduduk menahan suspek dan merampas parang serta beberapa senjata tajam lain yang digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, sejurus tangkapan, suspek yang turut mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan gaduh dan memiliki senjata api dibawa ke Hospital Langkawi untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Suspek dipercayai bawah pengaruh alkohol dan metadon turut merosakkan tiga kenderaan serta tingkap rumah penduduk berhampira­n”

Mohd Iqbal Ibrahim

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK ditenangka­n pihak berkuasa sejurus ditangkap.
SUSPEK ditenangka­n pihak berkuasa sejurus ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia