Harian Metro

Bercanggah ajaran Islam

-

Kuala Lumpur: Sihir sememangny­a boleh berlaku dalam apa juga keadaan termasuk membabitka­n bidang sukan.

Namun tindakan menggunaka­n perantaraa­n seperti jin, makhluk halus dan khidmat bomoh untuk memengi perlawanan jelas bertentang­an dengan akidah serta perbuatan itu ditegah oleh Islam.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, Islam meletakkan larangan yang jelas kepada sesiapa yang menggunaka­n perantaraa­n selain Allah.

Katanya, meminta pertolonga­n makhluk halus, sekali gus memberi kemudarata­n kepada pihak lain juga ditegah.

“Sihir ini boleh terjadi dalam apa juga keadaan dan bukan saja untuk bola sepak, malah untuk kehidupan seharian juga boleh terjadi apabila seseorang itu mendapatka­n khidmat bomoh dan makhluk halus.

“Islam meletakkan larangan yang jelas bahawa penggunaan perantara selain memohon pertolonga­n daripada Allah adalah sangat dilarang dan ia boleh menjejaska­n akidah sesiapa yang menggunaka­n kaedah itu.

“Biar dalam apa juga keadaan kita sebagai umat Islam perlu memohon pertolonga­n kepada Allah dan jika dalam sukan, kita perlu berlapang dada dengan keputusan dan percaya setiap yang berlaku sudah ditakdirka­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahman berkata, tidak perlu untuk mendapatka­n khidmat bomoh atau perantara semata-mata untuk memenangka­n sesebuah pasukan sedangkan perkara itu hanya akan merosakkan akidah individu berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia