Harian Metro

Khalid Ali pernah kejar bomoh dalam stadium

-

Kuala Lumpur: Pernah kejar bomoh yang memegang kemenyan antara pengalaman yang dilalui bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali ketika menyarung jersi Selangor pada era 70-an.

Khalid berkata, istilah ‘bomoh’ menyertai perlawanan begitu popular sekitar tahun 70 dan 80-an apabila ada pihak tertentu yang menggunaka­n khidmat mereka untuk melihat pihak lawan kecundang.

Malah, mereka tanpa berselindu­ng membawa bomoh ke padang untuk melakukan ritual supaya pihak lawan hilang fokus untuk menjaringk­an gol atau gagal mempertaha­n kubu ketika diasak lawan.

“Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah ketika perlawanan penting merebut piala sekitar 1970-an apabila secara tiba-tiba lampu limpah stadium terpadam untuk beberapa saat.

“Namun selepas lampu menyala semula, saya nampak seorang lelaki memegang kemenyan melarikan diri jadi saya dan pemain lain terus mengejarny­a,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Khalid yang bermain di posisi tengah mendakwa terpijak garam atau beras ditabur diatas padang adalah perkara biasa bagi pemain bola sepak zamannya.

Bagi mengelakka­n sebarang perkara tidak diingini Khalid, tetap memandang serius perkara itu dan berwaspada agar tidak menjadi mangsa sihir.

“Pemain hanya sedar mereka disihir pihak tertentu ketika perlawanan sedang berlangsun­g. Apa tidaknya mereka tidak boleh fokus jadi sepakan pun tidak tepat ke sasaran.

“Saya tidak mengamalka­n sebarang ilmu pendinding dan hanya berserah kepada Allah SWT. Sebagai ahli sukan profesiona­l saya bergantung kepada skill dan pengalaman serta mengikut cara tersendiri,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain Kedah Faridzuan Che Hamid, 47, berkata, dia pernah melihat pemain import sebuah pasukan tempatan memakai tangkal.

Katanya, dia difahamkan tangkal berkenaan bertujuan untuk memberikan semangat dan mampu mengatasi pemain lawan.

“Memang saya ada mendengar mengenai segelintir pihak yang menggunaka­n khidmat bomoh bagi membantu memberikan kemenangan kepada pasukannya.

“Namun, sepanjang tempoh saya bermain bola sepak belum pernah melalui pengalaman terbabit namun rakan sepasukan ada terkena sihir atau ilmu hitam ini apabila menjadi lemah dengan tiba-tiba.

“Mereka juga terlepas peluang membuat jaringan kerana tiba-tiba gawang lawan hilang dari pandangan, akhirnya boleh meluru ke penjuru gol,” katanya.

Oleh itu, katanya, dia sentiasa memulakan perlawanan dengan bacaan ayat al-Quran dan tidak menganggap perkara berkenaan sebagai masalah besar kerana boleh menjejaska­n mutu

permainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia