Harian Metro

DALANG GANAS

-

Rakyat Malaysia jadi pemimpin kanan Daish di Syria

sebagai Abu Gomez dan Abu Zar pula memainkan peranan penting dalam menyebarka­n propaganda serta meneruskan usaha pengkadera­n di Asia Tenggara.

Akel Zainal atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 39, menyertai gerakan militan Daish sejak tercetusny­a konflik di Syria beberapa tahun lalu.

Pengarah Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MyRISS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, empat individu itu dipercayai memainkan peranan penting termasuk meneruskan usaha menarik orang awam menyertai perjuangan mereka.

Menurutnya, gerakan propaganda mereka tidak pernah terhenti walaupun sokongan terhadap perjuangan kumpulan militan itu semakin menurun susulan kejatuhan beberapa lokasi strategik yang kembali dikuasai tentera kerajaan Syria.

“Kita semua tahu majalah propaganda Daish iaitu Dabiq boleh dimuat turun menerusi capaian Internet dan medium itu digunakan untuk mempengaru­hi orang lain supaya menyertai perjuangan mereka.

“Akel (Zainal) dan Mohd Rafi (Udin) individu penting dan boleh kita katakan mereka ‘jeneral’ utama untuk sayap Katibah Nusantara iaitu sayap ketenteraa­n Daish bagi penyokong dari Asia Tenggara,” katanya kepada Harian Metro menerusi temu bual eksklusif di Balai Berita NSTP.

Mohd Mizan berkata, jumlah terkini rakyat Malaysia berada di Syria atau Iraq tidak diketahui secara tepat namun dianggarka­n sekitar 100 orang.

Menurutnya, jumlah itu turut membabitka­n wanita dan kanak-kanak yang mengikuti perjuangan suami di Syria.

“Kebiasaann­ya, mereka mengikuti suami. Selepas suami terkorban, mereka tiada jalan lain untuk keluar serta terpaksa tinggal di negara berkenaan.

“Ada juga yang terkorban meninggalk­an wasiat pelik seperti mengharamk­an isteri atau anaknya pulang ke tanah air. Tidak kurang yang menyuruh balu mereka berkahwin dengan anggota militan lain jika terkorban,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n kajian kes terdahulu, mereka yang menganggot­ai kumpulan militan ini akan melalui satu ritual khusus iaitu membakar apa saja pengenalan diri serta pasport.

Katanya, keadaan itu menyukarka­n lagi rakyat Malaysia yang berbaki di negara itu untuk pulang memandangk­an tiada rekod pengenalan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia