Harian Metro

PENGETUA KENA REMAN CIKGU TARIAN DIDAKWA

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my Shamsul Munir Safini cnews@nstp.com.my

Putrajaya

Seorang guru tarian dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak di sini, semalam atas lapan tuduhan melakukan seks oral dan amang seksual terhadap pelajar lelakinya berusia 15 tahun masing-masing pada April hingga Jun lalu.

Tertuduh, Lee Men Chun, 42, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan berkenaan.

Berdasarka­n pertuduhan pertama dan keempat, dia didakwa melakukan persetubuh­an luar tabii terhadap mangsa dengan melakukan seks oral.

Sementara itu, bagi pertuduhan kelima hingga kelapan pula, Meng Chun didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluan mangsa yang sama.

Semua kesalahan itu dilakukan di Taman Bukit Serdang, Selangor antara April hingga Jun lalu.

Butterwort­h

Pengetua lelaki sekolah menengah yang meliwat kanak-kanak dan remaja berusia 11 dan 13 tahun direman tiga hari, bermula semalam.

Perintah reman terhadapny­a dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Majistret Butterwort­h, Ahmad Faiz Md Zain bagi membolehka­n siasatan kes itu dilakukan polis.

Dalam kejadian Selasa lalu, pelajar dan murid berkenaan membuat laporan polis mendakwa dicabul dan diliwat

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin tidak mencadangk­an sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, Hakim Yong Zarida Yong Sazali membenarka­n jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula kes selain pasport tertuduh turut ditahan mahkamah.

Didakwa cabul murid, pelajar di asrama sekolah

Hadapi lapan pertuduhan seks oral, amang seksual terhadap pelajar lelaki

pengetua terbabit ketika berada di asrama sekolah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaa­n doktor pakar dengan seorang daripada mangsa masih berada dalam keadaan trauma dan akan dirujuk kepada pakar psikatrik di Hospital Pulau Pinang untuk pemulihan emosi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek ditangkap di rumahnya, kelmarin. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak

2017.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi lelaki berusia 55 tahun untuk mendapat tahanan reman di Mahkamah Majistret Butterwort­h, Pulau Pinang.
ANGGOTA polis mengiringi lelaki berusia 55 tahun untuk mendapat tahanan reman di Mahkamah Majistret Butterwort­h, Pulau Pinang.
 ??  ?? LEE dihadapkan ke Mahkamah Jenayah
Seksual Kanak-Kanak, Putrajaya atas lapan tuduhan melakukan seks luar tabii.
LEE dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak, Putrajaya atas lapan tuduhan melakukan seks luar tabii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia