Harian Metro

Disamun ketika jemur pakaian

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba keluar dari negara ini melalui laluan haram dalam satu operasi, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, tangkapan dilakukan jam 8 malam di perairan Tanjung Lompat, Desaru berdasarka­n risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti penyeludup­an migran.

Katanya, selepas intipan dibuat pihaknya mengesan bot pancung membawa 92 PATI.

“Mereka terdiri daripada 49 lelaki dan 36 wanita warga Indonesia berusia dari 18 hingga 63 tahun serta tujuh kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.

“Tekong bot disyaki terjun ke laut Jasin: Suri rumah rugi RM6,000 selepas disamun dua lelaki bermotosik­al di rumahnya ketika sedang menjemur pakaian di Jalan Batu Gajah Merlimau kelmarin, kata Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superinten­dan Arshad Abu.

APMM tahan 92 PATI cuba keluar negara ikut laluan haram

sebelum bot ronda APMM menahan bot berkenaan,” katanya.

Zulfadli berkata, mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Antipemerd­agangan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2010 (ATIPSOM) dan mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu keluar atau masuk melalui kawasan tidak diwartakan.

Dalam kejadian berasingan, Zulfadli berkata, sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan ketika kapal peronda APMM melakukan rondaan jam 1.30 petang, kelmarin di perairan Tanjung Sedili.

“Bot itu ditahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Ketika rondaan, bot berkenaan menunda pukat dalam kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.5 batu nautika timur Tanjung Sedili Besar.

“Empat orang termasuk tekong bot dan awak-awak dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? PATI berhimpit dalam bot pancung yang ditahan APMM, pagi kelmarin.
PATI berhimpit dalam bot pancung yang ditahan APMM, pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia