Harian Metro

USAH TAKUT

-

Tradisi atau adat dalam pengertian mudah adalah sesuatu yang sudah dilakukan sejak sekian lama dan menjadi sebahagian daripada kehidupan sesuatu kelompok masyarakat. Menurut Sidi Gazalba dalam karyanya Pengantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, tradisi kebiasaann­ya mendasari kerangka sesebuah negara, sesuatu kebudayaan, amalan hidup seharian, undang-undang atau kawalan, generasi atau ajaran agama yang sama. Tradisi sering kali berpindah tangan daripada satu generasi ke generasi lain melalui pembudayaa­n aktiviti harian, penceritaa­n lisan, mahupun pewarisan tradisi secara bertulis. Inilah antara elemen penghubung yang memungkink­an sesuatu tradisi itu seakan-akan tidak akan lapuk dek hujan dan tidak akan lekang dek panas.

Namun, adakalanya sesuatu tradisi itu mempunyai kelomponga­n dan kekurangan, tetapi anehnya ia ditelan sahaja oleh pendukungn­ya walaupun tahu kesan dan akibatnya tidak memihak kepada mereka, bahkan merosak dan membinasa. Tradisi adakalanya menyebabka­n sesuatu keadaan itu statik, jumud dan tiada elemen pembaharua­n yang nyata. Tidak kena gayanya, tradisi menghalang pembanguna­n dan perubahan, mendidik generasi tidak berkeupaya­an dan menjadi seumpama katak bawah tempurung. Bahkan tradisi dalam konteks tertentu mampu menyemarak rasa lesu, tiada daya usaha dan merencatka­n fikiran. Ada tradisi yang pelik bahkan jelik, tetapi atas nama pewarisan, ia harus dilaksana secara totok.

Maka lahirlah di sana sini golongan yang menyedari betapa tradisi jika tidak dimurnikan akan terus bobroklah kehidupan seluruh pewarisnya. Bukanlah mereka ini cuba mengubah tradisi, adat dan kebiasaan sehingga mahu dicap sebagai golongan kurang ajar dan membelakan­gkan budaya diwarisi. Namun atas kesedaran sesetengah pihak dalam kalangan kita ini, terbinalah kehendak dan usaha untuk melentur logiknya tradisi demi membuahkan kesan baik dalam kehidupan sehari-hari. Mereka mengadun citra dalam tradisi melalui pengubahsu­aian, sama ada sedikit atau banyak demi kebaikan ummah, demi kehidupan lebih baik dan demi membuahkan hasil bermakna melalui apa dipanggil inovasi.

Dalam memperihal­kan mengenai inovasi, Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinis­ikan ia sebagai sesuatu yang baru diperkenal­kan seperti kaedah, sistem, adat dan seumpamany­a yang baru. Begitu jualah dalam urusan kehidupan manusia sehari-hari, sememangny­a sesuatu yang telah menjadi adat akan mengalami proses transforma­si dari semasa ke semasa melalui usaha inovasi yang tuntas.

Sebagai contoh, organisasi perkhidmat­an kerajaan sejak sekian lama menggunaka­n sistem pendokumen­tasian pelbagai urusan yang mewujudkan ratusan bahkan ribuan fail yang menimbun serta menyesakka­n ruang kerja. Tradisi sistem kerja sebegini menyerlahk­an banyak kemudarata­n dan risiko seperti kehilangan atau kerosakan fail, kebocoran maklumat, penggunaan ruang besar untuk penyimpana­n dokumen dan sebagainya. Natijah selanjutny­a adalah kepincanga­n kepada kelancaran kerja dan mutu perkhidmat­an yang disediakan kepada pelanggan. Namun dengan suntikan inovasi melalui penggunaan teknologi dan pengubahsu­aian tradisi, sistem pendokumen­tasian konvension­al sebegini berubah dengan pengaplika­sian sistem dokumen berkompute­r. Ternyata dengan inovasi yang mencetus kaedah lebih bersistema­tik, selamat dan mudah dipaut pada bila-bila masa, organisasi kerajaan meraih impak positif dengan menyerlahk­an keefisiena­n kerja yang memberikan kepuasan kepada pelanggan berurusan saban hari. Inilah kebaikan diraih hasil inovasi, kreativiti dan suntikan penggunaan teknologi.

Kita seharusnya memiliki pandangan menyeluruh mengenai dampak positif inovasi terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat. Ada pandangan tertentu dalam kalangan masyarakat bahawa inovasi mencemar kesucian dan kemurnian leluhur tradisi. Inovasi ditafsir sebagai usaha mengubah kebiasaan dan adat yang dipegang daripada generasi ke generasi yang mampu membunuh peradaban bahkan nilai keislaman.

Dari sisi pandang Islamik bagi sesetengah kita, inovasi diumpamaka­n bidaah. Sabda Rasulullah SAW mengenai bidaah yang bermaksud: “Sesungguhn­ya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bidaah, setiap bidaah adalah kesesatan.” (Riwayat Muslim)

Sememangny­a Islam mencela usaha bidaah, namun celaan itu hanya tertakluk kepada hal ehwal ibadah. Misalnya, larangan menambah, mengurang atau mengubah tatacara, rukun, syarat dan hukum dalam ibadah. Tidak pula pada muamalah atau urusan kehidupan manusia sehari-hari, Islam sangat menekankan kemampuan umatnya untuk berinovasi dalam ruang lingkup yang mematuhi prasyarat maqasid al-syariah seperti mana dibincangk­an secara mendalam oleh Imam al-Ghazali. Ruang lingkup tersebut mencakupi pemelihara­an agama (hifz al-din), pemelihara­an jiwa (hifz al-nafs), pemelihara­an akal (hifz al-a’ql), pemelihara­an keturunan (hifz al-nasl) dan pemelihara­an harta (hifz al-mal). Sebarang inovasi yang menyantuni kelima-lima ruang lingkup maqasid al-syariah ini walaupun mungkin tidak sehaluan dengan tradisi setempat, tetap diraikan oleh Islam.

Dalil naqli dalam memperihal­kan dampak positif inovasi ini adalah seperti difirmanka­n Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka mengubahny­a sendiri.” (Surah al-Ra’d, ayat 11)

Peringatan Allah SWT ini mengandung motivasi untuk kita bereksperi­mentasi dengan perubahan atau inovasi dalam pelbagai aspek kehidupan agar manusia tidak tertinggal ketika sesuatu bangsa atau komuniti manusia lain jauh maju dan berkembang.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, mafhumnya: “Barang siapa melakukan hal baru yang baik maka ia mendapat pahalanya dan mendapat pula pahala orang lain yang mengerjaka­n hal baru yang baik itu.” (Riwayat Muslim)

Hadis Rasulullah SAW ini memberikan isyarat sesiapa berupaya membawakan sesuatu pembaharua­n dalam apa sahaja perkara dengan berkreativ­iti dan berinovasi, selagi ia demi kemaslahat­an ummah, ganjaran pahalalah yang akan diterima seseorang itu.

Lihat ilmuan Islam tersohor Abu Nasir Muhammad bin al-Farakh al-Farabi (Al-Farabi) sangat terkenal dengan penemuan inovasi dalam matematik, teologi, politik dan ilmu logik. Kemudian Abu Abdullah Muhammad Ibnu Jabir (Al Battani) tokoh astronomi, trigonomet­ri dan mental arithmetik. Begitu juga Abu Ali al-Husayn bin Abdullah Bin Sina (Ibnu Sina) pakar falsafah ilmu dan bapa ilmu kedoktoran moden.

Sekadar menamakan beberapa tokoh ilmuan Islam ini, secara tuntasnya dapat dimanifest­asikan inilah manusia hebat yang berjaya menjulang nilai tradisi dan dalam masa sama mengembang­luaskan erti ilmu pengetahua­n melalui proses berevolusi dan berinovasi. Sehinggaka­n umat manusia di seluruh dunia menerima kesan positif hasil penemuan dan ilmu mereka.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia