Harian Metro

Bertaubat tidak ulangi dosa silam

-

solat atau lupa ayat alQuran yang dihafalnya, maka wajiblah ke atasnya untuk qada semua solat fardu yang ditinggalk­annya dan menggunaka­n sepenuh masa untuk menghafal semula ayat al-Quran yang dilupainya kecuali waktu untuk makan, tidur dan qada hajat.

Jika solat fardu yang ditinggalk­an itu amat banyak dan lama masanya, maka memadailah taubatnya dengan berazam untuk qada semuanya di samping menunaikan­nya sekadar termampu.

Jika dia pernah mengkhiana­ti seseorang, hendaklah dia menemui orang yang pernah dikhianati­nya itu dan memohon keampunan daripadany­a.

Di samping itu, kembalikan hak orang yang pernah dizalimi sekiranya dia mampu berbuat demikian. Tetapi jika dia takut risikonya, lebih-lebih lagi seperti pernah berzina dengan seorang perempuan, yang mana tidak ada cara lain untuk dia meminta ampun melainkan berjumpa wali atau suaminya.

Selagi perbuatann­ya itu belum sampai ke pengetahua­n imam (pihak pemerintah), maka memadailah taubatnya dengan menyesal bersungguh­sungguh dan berazam tidak akan mengulangi pebuatan seperti itu lagi pada masa akan datang.

2. Apakah berikhtiar dengan berubat bagi setiap penyakit itu dianggap lebih afdal atau membiarkan­nya saja tanpa perlu berubat itu lebih afdal?

Berikhtiar dengan berubat adalah lebih afdal kerana pesakit yang sembuh itu akan dapat memberi manfaat kepada umat Islam yang lain atau bagi mereka yang bimbang akan berkecil hati (dan menaruh sangka buruk terhadap Allah) jika lambat sembuh.

3. Dalam hadis, ada menyebut yang bermaksud: “Bacalah kamu Surah Yasin ke atas orang mati.” Mengikut pendapat Ibnu Hibban, maksud hadis itu ialah orang yang sedang menghadapi saat kematian dan belum lagi meninggal dunia kerana orang yang sudah meninggal dunia tidak perlu lagi dibacakan untuknya.

Apakah maksud katakata itu sedangkan ada riwayat yang mengatakan orang yang sudah meninggal dunia boleh mendengar bacaan al-Quran yang dibacakan untuknya sama seperti orang yang masih hidup.

Lebih-lebih lagi apabila kita dikehendak­i memberi salam kepada ahli kubur dan mereka mendengar serta menjawab salam kita. Maka, tentulah mereka juga boleh mendengar bacaan al-Quran?

Apa yang dimaksudka­n dengan orang meninggal dunia jika tidak dibacakan al-Quran selepas meninggal dunia dan sebelum dikebumika­n kerana ketika itu sibuk dengan urusan pengebumia­nnya.

Sekiranya pengebumia­nnya tidak dapat dilaksanak­an kerana waktu malam atau hujan, maka sunat dibacakan untuknya al-Quran seperti pendapat Syeikh Ali Syubramuls­i.

Sumber: Furu’ al-Masa’il Wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia