Harian Metro

Hasanah kalah kes saman kerajaan, SPRM

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam menolak saman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berhubung dakwaan tidak diberi akses dan berunding dengan peguam ketika ditahan reman.

Saman pemula itu difailkan Hasanah dengan menamakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia selaku responden.

Hakim Datuk Nordin Hassan menolak saman Hasanah selepas memutuskan bahawa Seksyen 28A (8) dan (9) Kanun Acara Jenaya (KAJ) membabitka­n hak individu yang ditahan, adalah undang-undang sah.

Nordin berkata, kedua-dua peruntukan itu tidak bercanggah Artikel 5(3) (kebebasan diri) dan 8 (hak kesamarata­an) Perlembaga­an Persekutua­n.

Hakim itu berkata, kedua-dua peruntukan KAJ terpakai kepada semua individu yang ditahan dan ia adalah undang-undang yang baik.

Beliau berkata, penghakima­n Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa hak untuk mendapatka­n peguam tidak seharusnya diberikan jika ia boleh menjejaska­n siasatan polis.

Katanya, hak itu disahkan oleh satu lagi penghakima­n mahkamah sama yang memutuskan hak berkenaan bermula selepas ditahan, bagaimanap­un bukan diberikan serta-merta selepas itu.

“Tidak ada penghakima­n lain oleh mahkamah tertinggi berhubung isu sama selain dua kes ini. Saya tidak ada alasan untuk menyimpang daripada alasan mahkamah itu,” katanya.

Nordin bagaimanap­un tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Peguam Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam prosiding itu, Peguam Kanan Persekutua­n Norzilati Izhani Zainal@Zainol bertindak bagi pihak SPRM dan Kerajaan Malaysia. Hasanah, yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku pemohon memfailkan saman pemula itu pada 30 Ogos lalu.

Berdasarka­n notis usul, Hasanah memohon perisytiha­ran bahawa surat pemberitah­uan dikeluarka­n SPRM di bawah Seksyen 28A (8) (9) Kanun Acara Jenayah (KAJ) untuk menyekat hak pemohon daripada berunding dengan peguamnya sepanjang tempoh direman adalah bertentang­an dengan Fasal 5(3) dan Fasal 8 Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau mendakwa Seksyen 28A itu tidak sah, batal dan tiada kesan serta tidak boleh dikuatkuas­akan terhadapny­a.

Sementara itu peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang turut mewakili Hasanah melalui afidavit sokonganny­a berkata, pihaknya mengetahui anak guam ditangkap pada 28 Ogos lalu pada jam 5 petang.

Menurutnya, ahli keluarga Hasanah mengarahka­n mereka untuk hadir keesokan harinya dalam prosiding reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mohd Khairul Azam mendakwa mereka diberi salinan pemberitah­uan mengikut Seksyen 28A (8) (9) KAJ bahawa Hasanah tidak dibenarkan / disekat daripada berunding dengan peguam.

 ??  ?? HASANAH
HASANAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia