Harian Metro

CADANG GUNA KHIDMAT BOMOH

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Seorang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, dia memberi cadangan kepada tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, untuk menggunaka­n khidmat pengamal perubatan tradisiona­l bagi mencari pencuri komputer riba rakannya itu.

Saksi pendakwaan ke-25, Mohd Syafiq Abdullah, 22, berkata, dia mencadangk­an demikian kepada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal supaya mendapatka­n pertolonga­n daripada bapa tertuduh ke-18, Muhamad Ashraf Abdullah selepas mengetahui bapa Muhamad Ashraf mempunyai kelebihan mencari barang hilang.

Mohd Syafiq berkata, sebaik tiba di asrama Muhamad Ashraf kemudian menghubung­i bapanya sebelum lelaki itu memberitah­u dia ‘melihat’ Zulfarhan Osman mencuri sebuah komputer riba namun tidak menyatakan milik siapa. “Saya kemudian beritahu Muhammad Akmal Zuhairi jangan buat tindakan terburu-buru, cari dulu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada prosiding perbicaraa­n hari ke-17 kes kematian Zulfarhan Osman.

Pada awal prosiding, Mohd Syafiq memberitah­u mahkamah, dia menerima mesej menerusi aplikasi Telegram daripada Muhammad Akmal Zuhairi memberitah­u komputer ribanya hilang dan mengesyaki Zulfarhan Osman mencurinya.

Menurutnya, Muhammad Akmal Zuhairi meminta pertolonga­nnya yang juga rakan sebilik Zulfarhan Osman mencari komputer riba itu di dalam bilik mereka.

“Saya cari dalam loker Zulfarhan dan sekitar bilik, tak jumpa. Saya beritahu Muhammad Akmal Zuhairi yang saya tak jumpa komputer riba itu, tetapi dia masih lagi syak yang arwah ambil komputer riba itu,” katanya.

Dalam keterangan­nya juga, Mohd Syafiq memberitah­u pada jam 1 pagi, 21 Mei tahun lalu, dia melihat beberapa rakannya memukul, menumbuk serta menendang Zulfarhan Osman bagi mendapatka­n pengakuan salah, bagaimanap­un mangsa tetap tidak mengaku mengambil komputer riba itu.

“Di UPNM tu selalunya mereka ni (penuntut) kalau dapat kes curi macam ini, mereka akan pukul dulu sampai orang yang kena pukul tu mengaku salah,” katanya ketika menjawab soalan Othman mengapa rakannya masih memukul mangsa walaupun mangsa menafikan mencuri komputer riba itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 12 November ini.

 ??  ?? MANGSA, Zulfarhan.
MANGSA, Zulfarhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia