Harian Metro

DEPOSIT BIDA RM4.18 JUTA

- Ajohari@nstp.com.m

Kuala Lumpur

Bakal pembida yang berminat untuk membeli kapal layar mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low, dikehendak­i membayar deposit AS$1 juta (RM4.18 juta) terlebih dulu.

Peguam syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Ong Chee Kwan berkata, bayaran deposit itu diperlukan bagi memastikan hanya bakal pembeli yang serius mengemukak­an bidaan.

Beliau berkata, proses bidaan kapal layar mewah yang bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) itu akan akan berlangsun­g selama sebulan bermula pada 29 Oktober ini sehingga 28 November.

Katanya, pembida yang layak akan menerima borang tawaran yang menandakan mereka menerima syarat penjualan.

“Ini bukan bidaan atas talian, tidak semua orang boleh mengemukak­an bidaan. Kita akan menetapkan tarikh bagi

Putrajaya: pembida layak untuk melihat keadaan kapal.

“Borang tawaran itu pula akan dimasukkan ke dalam sampul yang dimeterai sheriff mahkamah (pegawai pelaksana mahkamah) akan membuka sampul itu bersama-sama dengan laporan penilaian (dokumen penilaian suit hanya diketahui oleh sheriff).

“Bagi pembida yang berjaya dipilih oleh sheriff mahkamah, dikehendak­i membayar 10 peratus daripada harga keseluruha­n kapal dan baki 90 peratus dalam tempoh 10 hari kemudian,” katanya, semalam.

Chee Kwan berkata demikian selepas prosiding permohonan 1MDB untuk mendapatka­n kebenaran mahkamah bagi terma dan syarat penjualan yang akan disiarkan kepada umum ketika proses bidaan.

Beliau berkata, melalui prosiding dalam kamar itu, Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Khadijah Idris membenarka­n terma dan syarat penjualan berkenaan.

Katanya, iklan berhubung penjualan kapal layar mewah itu disiarkan dalam akhbar tempatan dan antarabang­sa, semalam dan hari ini.

“Pembida yang berminat boleh menghubung­i ejen pusat seperti tertera dalam

„ 1MDB hanya mahu pembeli serius

untuk miliki Equanimity

iklan. Pembida yang layak juga akan dikemukaka­n dengan memorandum yang mengandung­i maklumat mengenai proses bidaan dan status perundanga­n.

“Pembida atau pembeli yang berjaya akan akan mendapat pemilikan sah. Harapan kami ialah supaya kapal itu bukan lagi dalam pemilikan kami pada Disember ini,” katanya.

Pada 24 Ogos lalu.

 ??  ??
 ??  ?? CHEE Kwan KAPAL mewah Equanimity kini dibuka untuk bidaan.
CHEE Kwan KAPAL mewah Equanimity kini dibuka untuk bidaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia