Harian Metro

AYDA LETAK HARAPAN TINGGI

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Berharap drama Aku Nazmi bawa pulang anugerah pada ASK2018

Seorang pelakon akan berasakan usaha dilakukan dalam menjayakan sesebuah drama berbaloi apabila mengetahui karya dijayakan itu dicalonkan sebagai antara yang terbaik.

Bagi pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat turut berasakan perkara sama apabila drama Aku Nazmi lakonannya turut tercalon dalam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).

Majlis ASK2018 bakal berlangsun­g 2 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 9 malam dan bakal disiarkan secara langsung di TV3.

Penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti popular itu sewaktu ditemui bagaimanap­un berkata, apabila tercalon sudah tentu dia meletakkan harapan tinggi agar drama dibintangi itu membawa pulang anugerah sebarang kategori dipertandi­ngkan nanti.

“Kalau sudah tercalon, tentunya saya meletakkan harapan tinggi untuk drama ini membawa pulang anugerah Drama Terbaik,” katanya.

Kemenangan dalam sesuatu anugerah berupa satu penghargaa­n kepada hasil karya seseorang anak seni.

“Kalau menang, ia umpama penghargaa­n besar kepada hasil kerja seseorang anak seni. Maksud saya, semua yang terbabit dalam pembikinan sesuatu karya itu,” katanya.

Kata Ayda, ASK adalah pentas berprestij yang menjadi platform besar buat anak seni yang bergelar pelakon.

“Ia umpama pentas besar dalam memartabat­kan kerja seni semua pemain industri seni lakon dan mereka yang bekerja di belakang tabir,” katanya.

Bercerita mengenai drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang diarahkan pengarah, Azman Yahaya atau Jinggo itu tegas Ayda, ia mempunyai kekuatan tersendiri dari segi mesej yang mahu disampaika­n.

“Setiap karya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Aku Nazmi bagi saya kuat dari sudut mesej yang ingin disampaika­n kepada penonton.

“Dalam drama itu, saya memegang watak gadis bisu dan pekak. Untuk merealisas­ikan watak itu di hadapan kamera ia cukup mencabar,” katanya.

Katanya, sepanjang pengambara­n dilakukan Ayda banyak merujuk kepada tenaga pengajar yang disediakan produksi penerbitan Aku Nazmi yang mengajarny­a sepanjang menjalani penggambar­an drama terbabit.

“Saya banyak melihat guru yang mengajar saya bahasa isyarat dan menerusiny­a saya dapat memahami dan merasai perasaan sebagai individu kurang upaya.

“Satu cabaran untuk saya dalam menjayakan karakter yang bergantung penuh pada ekspresi tanpa bertutur. Ia sangat berbeza berbanding

 ??  ?? Dalam drama itu, saya memegang watak gadis bisu dan pekak. Untuk merealisas­ikan watak itu di hadapan kamera ia cukup mencabar
Dalam drama itu, saya memegang watak gadis bisu dan pekak. Untuk merealisas­ikan watak itu di hadapan kamera ia cukup mencabar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia