Harian Metro

Sapian masih teruja, Nantha terus kecewa

-

Hari ini Perak dan Terengganu bakal bersaing untuk membuktika­n kejaguhan masing-masing dalam memburu trofi paling berprestij dalam Liga Malaysia iaitu Piala Malaysia selepas kali terakhir mereka berentap di pentas sama pada 2001 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kali ini, skripnya hampir sama cuma gelanggang­nya berbeza, apabila ia bakal dilangsung­kan di Stadium Shah Alam, namun ratarata pemain yang pernah beraksi di pentas final 17 tahun lalu mengakui bahawa mereka masih lagi merasai kehangatan perlawanan berkenaan.

Pada 2001, sejarah tercipta buat Terengganu yang dibimbing Mat Zan Mat Aris apabila buat kali pertama muncul juara Piala Malaysia selepas menumbangk­an Perak 2-1.

Wira dalam perlawanan berkenaan ialah penyerang kelahiran Melaka, Sapian Wahid selepas dia berjaya meledak rembatan leret pada minit ke-59 menumpaska­n penjaga gol berpengala­man, Azlisham Ibrahim.

“Menjaringk­an gol kemenangan adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan, namun ada kisah lebih menarik di sebalik itu. Saya masih lagi ingat bagaimana keriangan yang sangat membuak-buak dari tepi padang dengan diketuai oleh jurulatih, Mat Zan. Mereka seakan sudah tidak sabar menanti tiupan wisel penamat selepas kami berjaya mendahului 2-1 sehingga hujung permainan.

“Apabila saya imbau kembali perkara berkenaan saya masih lagi berasa terharu, ia satu kejayaan yang hebat dan kami meraikanny­a sehingga di luar padang. Penonton juga sangat gembira ketika itu. Saya juga tidak terfikir akan meledakkan gol kerana sebelum perlawanan kami sudah diingatkan pihak pengurusan jangan fikir mengenai siapa yang akan jaringkan gol.

“Bola sepak adalah perlawanan berpasukan, kerana kami mempunyai ramai watak penting ketika itu untuk membentuk sebuah pasukan mantap. Ketika itu kami memiliki Hairuddin Omar, Faziallah Mamat dan Subri Sulong. Paling penting ialah Hairuddin apabila dia ada memang senang untuk kami (rangkaian penyerang) melakukan kerja,” kata Sapian yang sekarang ini bertugas di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Rakan sepasukan Sapian ketika itu, Marzuki Yusof pula mengakui tidak dapat melupakan suasana ketika itu apabila penyokong memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Ini adalah kali pertama dalam karier saya beraksi di perlawanan akhir

Piala Malaysia, selepas itu kita berjaya mencatat kemenangan pula, sudah tentu ia adalah kenangan yang sangat manis buat saya,” kata Marzuki yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Dalam masa yang sama, Marzuki mengakui pada zaman dulu bukan mudah untuk pemain muda diserap masuk dalam skuad utama seperti sekarang, jadi dia mengakui sangat bertuah kerana berada dalam kesebelasa­n utama.

“Saya mendengar nasihat pemain lama seperti Zubir Ibrahim, Hairuddin. Mereka berpesan kepada saya memang ia adalah perlawanan akhir tetapi jangan terlalu memikirkan­nya dan menganggap ia seperti aksi biasa.

“Apa yang perlu saya lakukan ketika itu ialah fokus kerana kami berdepan bukan calang-calang pasukan, iaitu skuad yang dibarisi nama besar seperti Khalid Jamlus, Rafdi Rashid, Indra Putra Mahayudin, Azrul Amri Burhan dan K Nanthakuma­r. Bagaimanap­un, kami pernah bertemu mereka di peringkat kumpulan dengan keputusan perlawanan pertama memihak kepada kami, manakala aksi kedua mereka pula mencatat kemenangan tetapi ketika itu kami hanya membariska­n barisan kedua kerana sudah melayakkan diri ke suku akhir,” kata Marzuki.

Berbeza pula dengan Nanthakuma­r, apabila dia yang menjadi pemain tengah ketika itu, mengakui

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia