Harian Metro

Syafiq Farhain pilih Terengganu, Amy sokong yob

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Melihat kepada pencapaian dua pasukan yang akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia hari ini di Stadium Shah Alam, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Namun, apabila dilihat kepada rekod kemenangan sejak Piala Malaysia pertama kali diperkenal­kan kira-kira 97 tahun lalu, Perak mempunyai kelebihan dengan tujuh gelaran juara dan 11 gelaran naib juara, manakala Terengganu pula hanya menjuarai piala itu sekali serta empat kali sebagai naib juara.

Sepanjang perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, Terengganu mengekalka­n rentak kemenangan dan berjaya menewaskan juara tahun lalu, Johor Darul Ta’zim dengan agregat

3-2 bagi meneruskan perjuangan di peringkat akhir.

Perak pula berjaya menundukka­n Sabah dengan agregat 7-2 untuk menempah tiket ke final.

Sememangny­a, aksi kedua-dua pasukan itu memang dinantikan seluruh peminatnya termasuk artis tempatan yang membuat ramalan terhadap pasukan pilihan masing-masing.

Penyanyi asal Setiu Terengganu, Syafiq

Farhain menjangkak­an satu perlawanan sengit akan berlangsun­g kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.

Katanya, dia tetap memilih Terengganu kerana perlu menyokong pasukan negeri asalnya.

“Saya jangkakan Terengganu menang

2-1 ke atas Perak dengan semangat yang ditunjukka­n oleh pemainnya.

“Bermain dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan, Terengganu dan Perak mempunyai peluang sama rata.

“Pada pusingan pertama, Terengganu berjaya menang dengan keputusan 4-3 sebelum tewas 1-2 pada pusingan kedua tetapi saya pasti Terengganu akan terus mengekalka­n momentum,” katanya.

Terus memberikan sokongan kepada Terengganu, Syafiq berkata, kehebatan pasukan itu tidak boleh disangkal kerana sudah berjaya menyingkir­kan kelab terhebat Johor Darul Ta’zim daripada saingan.

“Itu sesuatu yang patut dibanggaka­n. Kesungguha­n pemain harus diberi pujian.

Sudah tujuh tahun rakyat Terengganu menanti pasukan itu beraksi di final selepas kecundang di tangan Negeri Sembilan pada 2011 di peringkat akhir. Kali ini adalah masa untuk membalas dendam,” katanya.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon Amy Mastura pula menjangkak­an sesuatu menarik ditampilka­n negeri tercintany­a.

Katanya yang berasal dari Ipoh Perak, pasukan Seladang akan mencipta kejutan dan akan menjuarain­ya dengan keputusan 1-0.

“Dengan barisan pemain hebat yang sememangny­a sudah bersedia, mereka akan mampu bertahan menerusi persembaha­n terbaik, selain mempunyai kekuatan seimbang.

“Saya berharap mereka akan melakukan permainan konsisten dan mengekalka­n corak permainan hebat serta bertenaga. Tidak mustahil mereka akan menang.

“Buat pemain Perak yang hebat, saya yakin anda semua boleh memberikan permainan terbaik malam ini. Sudah lebih 10 tahun kami menanti, kembalikan Piala Malaysia ke negeri Perak,” katanya.

 ??  ?? AMY Mastura
AMY Mastura
 ??  ?? SYAFIQ Farhain
SYAFIQ Farhain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia