Harian Metro

PENJAGAAN GERANIUM bergantung tempat ia ditanam

-

Geranium adalah tumbuhan yang popular ditanam di kawasan taman. Malah, ia kerap ditanam dalam pasu gantung untuk hiasan di dalam dan luar rumah.

Menanam pokok bunga ini juga mudah, asalkan anda menyediaka­n keperluan secukupnya. Penjagaann­ya bergantung kepada di mana anda menanamnya kerana keperluan berbeza mengikut lokasi di dalam atau di luar bangunan.

Jika dalam bangunan, geranium memerlukan banyak cahaya matahari untuk mekar. Namun boleh bertoleran­si dengan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga memerlukan suhu ruang tertutup sekitar 18 hingga 21 darjah Celsius pada sebelah siang dan kira-kira 13 darjah Celsius untuk sebelah malam.

Bagaimanap­un, jika ia ditanam dalam pasu tanaman ini memerlukan tanah dengan aliran air yang baik. Begitu juga jika ia ditanam di luar rumah, ia memerlukan tanah lembap dengan aliran yang baik dan seimbang komposisin­ya antara jenis tanah, batuan serta baja.

Sementara itu, penjagaan geranium yang ditanam di luar dan dalam rumah sebenarnya memerlukan kemahiran asas.

Penyiraman pokok bunga ini cukup hanya membasahka­n tanahnya dan disiram semula jika tanah itu menunjukka­n tanda akan kering, namun air diperlukan lebih kerap jika cuaca panas.

Elakkan saliran yang terbuka ketika menyiram supaya tidak menimbulka­n isu berkaitan serangan serangga dan penyakit tanaman.

Membajanya juga mudah apabila cukup dengan siraman air yang dibancuh tablet baja atau komposisi baja 5-10-5 dengan tambahan organik setiap empat atau lima minggu pada musim membesar.

Bagi pokok yang ditanam dalam pasu pula mungkin perlu ditukar pasu baru jika tumbesaran­nya berlebihan yang boleh dikesan menerusi lelehan ketika siraman. Begitu juga dengan pemangkasa­n pucuk lama yang perlu dibuat untuk menggalakk­an pertumbuha­n pucuk baru. Namun tanaman ini juga boleh dibiakkan menerusi keratan dahan.

 ??  ?? BUNGA geranium pelbagai warna ditanam dalam pasu.
BUNGA geranium pelbagai warna ditanam dalam pasu.
 ??  ?? LALUAN pejalan kaki indah dihiasi bunga geranium.
LALUAN pejalan kaki indah dihiasi bunga geranium.
 ??  ?? GERANIUM sebagai penyeri balkoni.
GERANIUM sebagai penyeri balkoni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia