Harian Metro

Platform peniaga dalam talian

-

Butik sehenti jimat masa, penuhi

kehendak penggemar fesyen

Mohd Nor Nizam berkata, penubuhan butik dinamakan Gondola31 itu menempatka­n lebih 50 produk tempatan dengan cara mudah dan menjimatka­n masa di butik yang cukup selesa untuk kunjungan umum.

Katanya, butik sehenti itu juga tampil sebagai vendor terbesar di Perak memenuhi kehendak penggemar fesyen yang sentiasa mencari kelainan dalam soal penggayaan tanpa perlu membuang banyak masa.

Butik itu bukan saja membekalka­n transaksi pembelian cukup memberangs­angkan, tetapi menawarkan kelainan konsep hiasan dalaman bagi memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan.

“Menyedari permintaan pasaran fesyen semakin pantas, kami ingin bergerak seiringan bagi membekalka­n perkhidmat­an pembelian dan konsep jualan lebih efektif.

“Di sini, ia memberi peluang kepada penggemar butik dalam talian untuk mencuba koleksi terkini yang ingin dibeli mereka tanpa sebarang keraguan.

“Menariknya, butik vendor yang pertama dibuka di kawasan ini tiga tahun lalu memenuhi kehendak penggemar fesyen yang selama ini hanya dapat berurusan dan membeli secara dalam talian,” katanya.

Mohd Nor Nizam berkata, antara butik dalam talian terkenal yang menempatka­n koleksi jenama mereka di sini adalah Jannahnoe, Jubahsouq, Bellaammar­a, Ainahariz, Farraly, Cotton Metaphore, Mumuscarve­s dan Chenta Qaseh.

Katanya, butik vendor diketengah­kan itu menyasarka­n pelbagai keperluan fesyen sama ada tudung, blaus, jubah, gaun hingga aksesori untuk wanita dan pakaian seperti jubah untuk lelaki.

 ??  ?? Menariknya, butik vendor yang pertama dibuka di kawasan ini tiga tahun lalu memenuhi kehendak penggemar fesyen yang selama ini hanya dapat berurusan dan membeli secara dalam talian KOLEKSI pakaian bayi dan kanak-kanak turut disediakan PELBAGAI koleksi rekaan pakaian terkini jenama terkenal dalam satu bumbung.
Menariknya, butik vendor yang pertama dibuka di kawasan ini tiga tahun lalu memenuhi kehendak penggemar fesyen yang selama ini hanya dapat berurusan dan membeli secara dalam talian KOLEKSI pakaian bayi dan kanak-kanak turut disediakan PELBAGAI koleksi rekaan pakaian terkini jenama terkenal dalam satu bumbung.
 ??  ?? PELANGGAN dapat mencuba dan merasa
sendiri kualiti produk yang ditawarkan.
PELANGGAN dapat mencuba dan merasa sendiri kualiti produk yang ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia