Harian Metro

Locat Daha Aksi 9

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Bakat dan kemampuan Manuel Locatelli memang tidak disangkalk­an lagi apabila The Guardian pernah menyenarai­kan pemain kelahiran Lecco, Itali ini sebagai antara 50 pemain muda terbaik dunia yang lahir pada 1998.

Bagaimanap­un, selepas cemerlang dengan tidak pernah terlepas mewakili skuad kebangsaan

Itali pada setiap peringkat umur bermula bawah 15 hingga bawah 21 tahun, bakat pemain muda ini dilihat semakin pudar ketika bersama AC Milan.

Ramai yang berpendapa­t sepatutnya, Locatelli harus menghabisk­an aksi musim lalu bersama kelab kerdil dalam saingan Liga Itali ataupun beraksi dengan pasukan kuat Serie B.

Itu harus dilakukan oleh pemain tengah berkenaan jika dia mahu memperting­katkan kemampuann­ya di peringkat lebih tinggi, setidaktid­aknya berhijrah ke negara lain.

Contoh paling terbaik ialah meniru apa yang dilakukan oleh Juventus, Chelsea dan Liverpool apabila sentiasa menghantar pemain kurang beraksi ke kelab lain untuk tempoh pinjaman.

Akhirnya keputusan yang dilakukan oleh Milan untuk meminjamka­n pemain berkenaan ke Sassuolo musim ini sangat tepat sekali selepas dia diturunkan dalam enam perlawanan Serie A.

Mempunyai pemain remaja yang sedang meningkat naik dengan meletakkan mereka di bang ku simpanan dan memberi peluang untuk bermain di beberapa perlawanan bukan liga adalah tindakan kurang tepat.

Ada yang merasakan waktu permainan yang panjang dan teknik melatih untuk memperting­katkan prestasi pemain muda adalah sangat penting, mereka tidak belajar apaapa jika hanya mengambil bahagian dalam latihan sematamata.

Musim lalu, Locatelli memang beraksi dalam 21 perlawanan Serie A, namun hanya empat kali bermain selama 90 minit, dengan tiga darinya adalah di penghujung musim ketika berdepan Bologna, Fiorentina dan Hellas Verona.

Locatelli seakan tidak belajar apaapa yang penting mengenai aksi di Serie A kerana tempoh dia diturunkan kebiasaann­ya adalah 10 minit atau kurang dari enam minit.

Ini akan menyebabka­n prestasiny­a tidak dapat melonjak pada tahap maksimum seterusnya berdepan kesukaran untuk menjadi pemain utama Milan.

Antara kelebihan Locatelli di bahagian tengah ialah dia mempunyai teknik yang bagus selain, kelebihan untuk merampas bola dari pemain lawan.

Tidak dinafikan, dia juga mampu melakukan percubaan jarak jauh dengan baik, selain menjadi perancang berikutan kebolehann­ya mencipta peluang menjaringk­an gol serta meningkatk­an tempo permainan.

Pada Oktober 2016, Locatelli baru berusia 18 tahun namun dia sudah memperkena­lkan dirinya kepada penyokong di San

Siro dengan melakukan sepakan voli menarik ketika menentang Sassuolo.

Itu adalah gol sulungnya bersama Milan, sekali gus mencipta kemenangan yang sangat diinginkan Rossoneri, namun reaksi selepas perlawanan akan kekal dalam ingatan buat semua.

Dia menitiskan air mata selepas menjaringk­an gol berkenaan namun ketika ditemubual oleh wartawan sebaik perlawanan tamat, dia masih lagi menangis teresakesa­k.

“Ia adalah impian setiap kanakkanak untuk sepanjang hidup mereka. Apabila saya melihat bola berkenaan menuju ke arah pintu gol, saya seakan tidak percaya. Saya mula berlari dan ia memang berlaku bukannya mimpi,” kata Locatelli.

 ??  ?? PROFIL
Nama penuh:
Manuel Locatelli
Tarikh lahir: 8 Januari 1998 Tempat lahir: Lecco, Itali Tinggi: 186sm
Posisi: Tengah
Kelab semasa:
Sassuolo (pinjaman) Nombor jersi: 73
PROFIL Nama penuh: Manuel Locatelli Tarikh lahir: 8 Januari 1998 Tempat lahir: Lecco, Itali Tinggi: 186sm Posisi: Tengah Kelab semasa: Sassuolo (pinjaman) Nombor jersi: 73

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia