Harian Metro

Maria bintang hati Pogba

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba memang tidak perlu diperkenal­kan lagi, terutama selepas dia menjadi antara watak penting membantu Perancis muncul juara Piala Dunia Russia 2018 pertengaha­n tahun ini.

Datang memberi semangat kepada Pogba ketika kejohanan berkenaan sebelum ini ialah teman wanitanya, Maria Zulay Salaues sekali gus berjaya menarik perhatian jurugambar dan wartawan.Ini membuktika­n bahawa Pogba bukan saja berjaya menarik perhatian jurulatih kelab gergasi dan juga peminat seluruh dunia, namun mampu menawan hati Maria yang juga seorang model.

Maria yang berusia 23 tahun bukan saja memiliki kecantikan semula jadi malah sangat bertuah kerana lahir dari keluarga berada di Bolivia.

Sebelum menceburi bidang peragaan Maria melanjutka­n pelajaran di peringkat universiti dalam bidang pentadbira­n perniagaan di Universiti Bolivia, namun usahanya itu hanya separuh jalan sebelum membuat keputusan untuk meninggalk­an negara kelahirann­ya.

Maria mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan memilih Miami sebagai tempat memulakan kariernya dalam bidang hartanah.

Dia bekerja sebagai ejen hartanah sebelum berhenti untuk mencuba nasib dalam bidang peragaan dan dari situ bakatnya mula berkembang sehingga menarik perhatian Pogba.

Kata orang jika hendak mendapatka­n anaknya harus mencuri hati ibu bapanya terlebih dulu dan itu yang dilakukan Maria apabila sering dilihat tidak kekok untuk menemani ibu Pogba, Yeo Mariba.

Sebelum ini Maria kelihatan berada di samping ibu Pogba, ketika majlis pelancaran jenama terkenal, Adidas di Paris Mei lalu.

Maria juga tampil bersama Yeo Mariba ketika memberi sokongan kepada teman lelakinya itu di

Piala Dunia dan berada di kawasan penyokong Perancis.

Dalam masa yang sama ketika itu cincin yang dipakai Maria juga menjadi perhatian media dan peminat kerana ada yang mendakwa ia adalah cincin pertunanga­n.

Bagaimanap­un, tidak ada sebarang pengumuman rasmi berkenai hubungan mereka ketika itu walaupun kedua-duanya sudah menjalinka­n percintan lebih dari setahun.

Kali pertama keduadua mereka mendapat tumpuan media ketika berada di tempat awam ialah pada musim panas lalu di Los Angeles dan mereka seboleh-bolehnya mahu merahsiaka­n hubungan berkenaan.

Lebih menarik keduadua mereka juga dilihat jarang untuk memuat naik gambar di sosial media menandakan bahawa mereka sedang hangat bercinta.

 ??  ?? SENTIASA hadir ke stadium memberi sokongan.
SENTIASA hadir ke stadium memberi sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia