Harian Metro

PERAK, TERENGGANU SAMA HEBAT

-

pencabar lain terpaksa akur duduk tepi.

Cekal, tabah dan harmoni sepasukan membawa Perak dan Terengganu bertemu kali ketiga dalam sejarah perlawanan akhir Piala Malaysia. Perak menafikan Terengganu menerusi sepakan penalti pada

1998 sebelum Sang Penyu menggigit Seladang 2-1 untuk kejuaraan pertama pada 2001.

Semestinya banyak ruang debat, sanggah dan mimpi untuk penyokong tegar kedua-dua pasukan menuju ke Shah Alam hari ini.

Tujuh kejuaraan buat Perak sebelum ini berbanding gelaran tunggal Terengganu, itu tidak lebih hanya angka statistik.

Penyokong ada banyak teori sendiri. Jurulatih pula mengenakan strategi, agar pemain pantas berlari, bijak berseni dalam apa juga situasi untuk menggondol permainan sampai terhasilny­a gol. Ya, 70,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Shah Alam semuanya mahukan gol.

Harapnya cuaca juga mengizinka­n kita untuk menyaksika­n satu lagi perlawanan akhir bermutu tinggi, cocok buat pentas final kejohanan bola sepak tertua di benua Asia yang diperkenal­kan oleh pegawai tentera laut British, H T Buller pada tahun 1921.

Tchetche Kipre-Lee Tuck-Thierry Chanta Bin sandaran Terengganu mampu diseimbang­kan oleh trio Perak, Gilmar-Wander Luiz-Leandro dos Santos. Itu cuma sebahagian dari sudut import kedua-dua pasukan sedangkan tidak kurang pula bakat kemampuan pemain tempatan.

Pemain seperti Ashaari Shamsuddin, Malik Mat Arif atau Faiz Nasir juga mampu menghasilk­an cetusan kreatif pasukan Terengganu.

Perak juga mempunyai dimensi ketajaman menerusi sumbangan pemainnya seperti Nor Hakim Hassan, Firdaus Saiyadi atau Nazirul Naim Che Hashim.

Panjang lagi senarai pemain kedua-dua pasukan yang boleh dijadikan topik pertembung­an dalam menentukan pasukan manakah yang bakal membawa pulang Piala Malaysia 2018.

Namun, kita harus jangan lupa bahawa edisi ke-92 perlawanan akhir Piala Malaysia mempunyai elemen estetika dan warisan yang jauh lebih penting. Piala Malaysia, bermula dengan Piala Malaya, adalah simbol tradisi dan warisan prestij bola sepak tanahair yang sentiasa perlu dipelihara.

Jangan kita lupa rentetan sejarah bola sepak negara. Bagaimana suasana final di Stadium Shah Alam malam ini sebenarnya menyambung nostalgia yang mana risalahnya turut tersimpan rapi di perpustaka­an British (British Library, 14628.b.2) sejak tahun 1895 lagi.

Apa juga semangat dan corak kemahiran yang ditampilka­n oleh pemain Perak dan Terengganu malam ini, pernah turut

dilakukan oleh Syed Alwi Syed Md Alsagoff pada awal tahun 1920-an ketika mewakili Selangor.

Seterusnya, jangan diabaikan juga suntikan tradisi untuk mengimbas kecemerlan­gan N Thanabalan, satusatuny­a pemain yang menjaringk­an empat gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1968.

Ervin Boban (1991), Juan Manuel Arosetegui (2003) dan Bambang Pamungkus (2005) pula terlekat rekod hatrik dalam final.

Daripada zaman hitam putih kepada era digital warna warni, sentimen sejarah Piala Malaysia sentiasa milik kita bersama, sampailah ke penentuan Perak dan Terengganu malam ini.

Pemenangny­a tentu ada, anda pilih siapa saja. itu yang seronoknya! Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia