Harian Metro

POTONG GAJI JALAN TERBAIK

-

Situasi ini juga hampir sama, iaitu sebuah pasukan lagi pula memilih jalan berbeza bagi mengurangk­an kos untuk saingan musim depan dan mengelak dari berdepan pelbagai masalah kewangan kronik.

Spy Bola difahamkan pasukan berkenaan memberi alasan tidak mempunyai bajet besar bagi menghadapi saingan musim 2019, namun dalam masa sama masih mengharapk­an pemain berkualiti terus menabur bakti.

Jika pemain tidak bersetuju atau kurang berpuas hati dengan tindakan berkenaan mungkin boleh mengikut jejak langkah jurulatih FELDA United, B Sathianath­an, meninggalk­an pasukan kerena terpaksa mengurangk­an gajinya bagi musim depan.

Pasukan yang satu ketika memiliki pemain berkualiti dan pernah menguasai beberapa kejohanan utama dalam Liga Malaysia mengakui bahawa mereka semakin kekurangan penajaan.

Spy Bola memang sangat bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pasukan ini, biarlah berbelanja mengikut kemampuan, mungkin ini masanya untuk menggunaka­n tonggak muda.

Tidak semestinya menggunaka­n pemain

yang bergaji tinggi sesebuah pasukan itu mampu untuk menyinar, mungkin tonggak muda juga melakukan lebih baik kerana sedang bersemanga­t bagi mendapat tempat dalam skuad Sukan SEA tahun depan.

Ini juga masa terbaik untuk menjelajah di seluruh negeri bagi mencari pemain muda dan amatur berkualiti, yang tidak mementingk­an jumlah gaji besar sebaliknya mahu mencapai cita-cita beraksi di peringkat tertinggi.

Pasukan ini juga sebelum ini pernah berdepan dengan masalah pembayaran gaji pada pemain, jadi dengan menggunaka­n pendekatan ini mungkin ia tidak berulang lagi.

Seperti kata pepatah

‘ukur baju di badan sendiri’, jadi Spy Bola tidak sabar lagi untuk melihat kemampuan pasukan ini pada musim depan.

SPY BOLA: Lega gaji sudah masuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia