Harian Metro

Mentor, protege paling menyerlah

-

Selepa s 12 tahun penganjura­n, Mentor kembali untuk musim ketujuh dengan menampilka­n empat mentor iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana, Hafiz Suip dan Aizat Amdan.

Sejak penganjura­n musim pertama Mentor pada 2005, program realiti terbitan TV3 itu sudah melahirkan ramai penyanyi berbakat besar.

Sebelum ini, TV3

menerbitka­n edisi Mentor Otai yang mana penyanyi berpengala­man Elvira Arul dinobatkan sebagai juara.

Sempena konsert minggu pertama Mentor 7

Pemilik nama sebenar Hanifah Md Hanafiah ini mencapai kejayaan besar dalam industri muzik selepas dinobatkan juara Mentor musim ketiga pada 2009.

Penyanyi berusia 31 tahun ini anak didik Mas Idayu dan merakamkan lagu Aku Rindu Sayang Kamu selepas program Mentor selesai.

Pada tahun sama, Black memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2009.

Black juga pernah menggalas tugas sebagai mentor dalam Mentor Milenia 2016 dan 2017.

Penyanyi terkenal ini mula menceburi bidang seni pada 1988 dan popular menerusi lagu langdut Cintaku 100% , Senggol-Senggolan dan Cubit-Cubitan.

Selain Mentor, dia juga menjadi juri program

Dangdut Academy Asia 1 dan 2 di Indonesia.

Biarpun lebih tertumpu kepada kerja belakang tabir, Mas Idayu masih aktif menyanyi dan memperkena­lkan single 100% Cintaku yang menampilka­n W.A.R.I.S dan Juzzthin pada 2014 selepas enam tahun tidak mengeluark­an karya baru. Mungkin ada pembaca tidak mengetahui Aiman pernah menyertai musim kelima Mentor kerana dia lebih dikenali sebagai pelakon.

Anak muda berusia 29 tahun ini mencipta nama dalam industri seni menerusi lakonannya dalam drama Vanila Coklat.

Pelakon kelahiran Johor Bahru ini turut membintang­i beberapa drama terkenal antaranya Diandra, Isteri Separuh Masa dan Girlfriend Aku Dari Neraka The Series.

Dia juga pernah mengeluark­an single Khalimah Janji duet bersama Ernie Zakri serta lagu tema drama Projek Memikat Suami berjudul Buatmu Cinta.

Seperti penyanyi hebat lain, lagu dendangan Rahim Maarof turut menjadi siulan ramai sehingga hari ini.

Pada pertengaha­n era 80-an hingga 90-an, Rahim pernah mendominas­i industri menerusi lagu popular Lizawati, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah

Cinta, Usang, Dir dan Istana Menanti.

Malah, dia turut diberikan jolokan The Godfather of

Rock kerana diangkat sebagai antara penyanyi rock terbaik negara.

Tamat musim kelima Mentor, pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir ini kemudian menyertai D’Academy Asia, Indonesia dan memenangi tempat ketiga.

Sejak itu, penyanyi

Seperti Novel Cinta ini sering berulang-alik ke Indonesia bagi memenuhi undangan nyanyian.

Terbaru ini, Shiha yang berasal dari Pulau Pinang tampil dengan lagu duet Jagakan Dia bersama Aman Aziz.

 ??  ?? BLACK
MAS IDAYU
BLACK MAS IDAYU
 ??  ?? AIMAN HAKIM
AIMAN HAKIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia