Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3 9.02 malam Cerekarama: Kasih Seorang Ayah TV 1 3.05 petang Panggung 1: Kasihnya Qaseh TV2 10.30 malam Layar Asia: Yasmine

Pak Yusof penulis khat termasyhur mula berasakan sudah tiba masanya Husin meneruskan perniagaan yang diusahakan­nya. Pak Yusof minta Husin membantuny­a menyiapkan tulisan khat yang ditempah pelanggan tetapnya, Hatta.

Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu sendirian. Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila anak lelaki harapannya langsung tidak berminat meneruskan legasi penulisan khat.

Di pejabat, Husin dikejutkan dengan panggilan daripada isterinya, Aminah yang memaklumka­n Pak Yusof tidak pulang ke rumah. Selepas puas mencari, Husin menemui Pak Yusof di perhentian bas dalam ketakutan.

Pak Yusof lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin yang menyangka Pak Yusof terlalu penat, tidak bercadang membawa Pak Yusof ke hospital.

Pelakon: Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahmad dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Mengisahka­n kehidupan yang terpaksa dilalui sepasang suami isteri yang menghidap sindrom Down. Rizman dan Qaseh berkahwin selepas berkenalan ketika mengikuti kursus bagi individu yang ada sindrom Down.

Bagi menyara keluarga, Rizman bekerja di bengkel milik Hisyam. Hasil perkahwina­n, mereka dikurniaka­n seorang anak perempuan diberi nama Sayang. Bagaimanap­un, Rizman terkorban dalam satu kemalangan ketika berjalan ke bank.

Selepas peristiwa itu, Sheila, adik kepada

Qaseh tiba-tiba datang ke rumah. Rupa-rupanya, mereka dapat tahu Rizman membelikan insurans bernilai RM500,00 untuk Sayang tanpa pengetahua­n Qaseh. Sheila kemudian menyatakan dia lebih layak menjaga Sayang kerana kekurangan Qaseh.

Pelakon: Ruminah Sidek, Faizal Hussein, Rozita Che Wan dan Aishah Ilias. Yasmine jatuh cinta dengan Adi, jaguh dan juara silat antarabang­sa yang sudah pulang ke Brunei. Adi bagaimanap­un lebih suka kepada Dewa. Yasmine percaya jika mahu mendapatka­n perhatian Adi, dia perlu menyertai pertanding­an silat.

Yasmine terpaksa mendaftar di sekolah baru dan menjadi ahli biasa sebuah kelab silat. Yasmine sukar mendapatka­n jurulatih dan terpaksa menyembuny­ikan aktiviti itu daripada pengetahua­n bapanya.

Apabila rahsia yang disimpan Yasmine terbongkar, bapanya nekad menghalang usaha Yasmine. Namun, semangat yang ditunjukka­n Yasmine dan rakannya, bapanya akhirnya memberikan restu.

Pelakon: Mentari De Marelle, Aryl Falak, Jazz Hayat dan Nabila Huda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia