Harian Metro

Duet dengan anak

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Hubungan antara ibu dan anak sangat indah hingga sukar diungkapka­n dengan kata-kata.

Bagi penyanyi, Pink, dia punya cara tersendiri dalam berkongsi kasih sayang dengan anak perempuann­ya, Willow.

Penyanyi berusia 39 tahun itu baru-baru ini merakamkan lagu ‘cover’ berjudul A Million Dreams yang dipetik daripada filem muzikal, The Greatest Showman: Reimagined.

Video rakaman yang dikongsi Atlantic Records itu menunjukka­n Pink berada di dalam studio dan menjalani proses rakaman bersama Willow yang berusia tujuh tahun.

Rabu lalu, penyanyi lagu What About Us itu berkongsi detik indah bersama anaknya di Instagram.

“Willow dan saya berpeluang berduet dan lebih menarik ia salah satu lagu kegemaran kami, #AMillionDr­eams,” tulisnya.

Ini bukan kali pertama isteri kepada Carey Hart itu menunjukka­n kasih sayang kepada anaknya. Tahun lalu, Pink menitipkan mesej indah buat puterinya itu pda acara MTV Video Music Awards 2017.

“Anak saya meluahkan rasa kecewanya kerana sering diejek rakannya. Menurutnya, ada yang menggelarn­ya budak lelaki berambut panjang.

“Saya tersentuh dengan luahan itu dan menghasilk­an ‘presentati­on slide’ menggunaka­n Powerpoint. Di situ, saya jelaskan kepadanya mengenai selebriti terkemuka dunia yang tergolong dalam kategori ‘androgynou­s’ (kelihatan seperti lelaki dan wanita dari segi penampilan).

“Saya juga jadikan diri sendiri sebagai contoh dan nampaknya dia mula faham. Dia tidak lagi rasa tertekan selepas itu,” katanya.

Selain Willow, Pink turut dikurniaka­n seorang lagi cahaya mata, Jameson yang kini berusia 22 bulan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia