Harian Metro

‘TERIMA KASIH’

-

„ Dua keluarga bersyukur dapat bantuan Titipan Kasih

“Wang dan barangan ini terlalu banyak, terima kasih Harian Metro,” ungkap wanita ini berulang kali tanda syukur selepas menerima sumbangan menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM).

Ibu kepada enam anak, Norhayati Halmi, 40, dari Kampung Pangsenam, Jalan Triang di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM500 dan wang tunai dalam jumlah sama melalui program TKHM, kelmarin.

Norhayati berkata, sumbangan itu mampu meringanka­n beban mereka sekeluarga terutama suaminya, Zaidi Mohd Said, 50.

Menurut Zaidi, dia tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap berikutan hanya mengambil upah melakukan kerja kampung.

“Kami juga ada tiga anak orang kurang upaya (OKU) iaitu dua masalah pendengara­n manakala seorang lagi pekak dan bisu masing-masing berusia 11, 13 dan 17 tahun.

“Alhamdulil­lah sebaik diberitahu kami akan menerima sumbangan, saya berasa amat lega dan berterima kasih kepada semua kerana kami memang amat memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Katanya, dia bersama suami tidak pernah sesekali membiarkan anak-anak berlapar atau mengikat perut dan akan mengusahak­an sedaya upaya supaya bekalan makanan tidak terputus.

“Walaupun sekadar nasi goreng, saya akan cuba sediakan untuk anak. Setiap bulan kami perlukan anggaran 30 kilogram beras kerana ramai anak kecil.

“Dua anak yang mengalami masalah pendengara­n tinggal di asrama, jadi empat lagi termasuk yang bongsu dijaga di rumah,” katanya.

Norhayati antara dua keluarga yang dipilih sebagai penerima sumbangan menerusi Program TKHM yang dihadiri Pengarang Eksekutif, Projek Khas NSTP, Othman Mamat bersama Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi di rumahnya kelmarin.

Turut serta dalam program penyampaia­n bantuan kepada kedua-dua keluarga itu adalah ahli Kelab MTB Semantan.

Sementara itu, Othman berkata, sumbangan disampaika­n berbentuk barangan keperluan seperti beras, minyak dan makanan lain untuk bekalan selama sebulan bernilai RM500 selain wang tunai RM500.

TKHM adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Harian Metro yang dilaksanak­an sejak 11 tahun lalu.

Setakat ini, lebih 1,000 keluarga miskin, ribuan murid dan pelajar yatim serta kurang berkemampu­an menerima sumbangan menerusi TKHM.

 ??  ?? OTHMAN (tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Norhayati sempena program TKHM.
Turut serta, Ketua
Ko m u n i ka s i
Korporat NSTP,
Wan Abdillah
Wan Nawi (dua dari kanan).
OTHMAN (tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Norhayati sempena program TKHM. Turut serta, Ketua Ko m u n i ka s i Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia