Harian Metro

‘KOMANDER SOTONG’ KENA TANGKAP

- BERNAMA

Disyaki jadi dalang rompakan tekong bot

warga Vietnam di perairan Rompin

Polis menahan pegawai agensi penguatkua­saan berpangkat komander yang dipercayai menjadi dalang rompakan satu tan sotong dan wang tunai daripada tekong bot warga Vietnam di perairan Rompin dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 30 tahun dan bertugas di Kemaman, Terengganu itu ditahan bersama dua adik-beradiknya dan dua beranak yang disyaki turut terbabit dalam jenayah itu.

Katanya, abang kepada suspek utama berusia 31 tahun ialah guru di Bentong manakala adiknya yang berusia 28 tahun bekerja sebagai pembantu am rendah di agensi berkaitan sawit.

Menurutnya, dua lagi suspek ialah nelayan berusia 20 tahun dan bapanya berumur 56 tahun.

“Mereka disyaki terbabit dalam kegiatan samun membabitka­n tekong bot Vietnam yang dikatakan menghubung­i pemilik bot itu pada jam 3.14 pagi, Rabu lalu bagi memaklumka­n seorang lelaki meminta wang RM10,000 sebagai balasan tidak diganggu.

“Pemilik bot, rakyat tempatan kemudian diberitahu bot itu ditahan lima lelaki menaiki bot gentian kaca yang memperkena­lkan diri sebagai anggota penguatkua­saan dari Mersing ketika di perairan Rompin.

“Tekong bot itu mendakwa suspek mengacukan pistol ke arahnya dan dadanya ditumbuk bertubi-tubi sebelum suspek beredar dengan satu tan sotong,” katanya di sini, semalam.

Azli berkata, suspek utama didakwa bertemu pemilik bot berusia 44 tahun yang juga peniaga di Kuala Rompin di kedai makan pada hari yang sama untuk mengambil wang sebanyak RM2,000.

Katanya, mereka bagaimanap­un ditahan di Nenasi, Pekan, dekat sini, pada hari sama bersama tong berisi sotong serta wang tunai RM1,700 yang ditemui dalam kereta dinaiki mereka.

Beliau berkata, semua suspek kini direman sehingga 30 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun bersenjata yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurutnya, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 385 KK bagi kesalahan pemerasan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan kanak-kanak mangsa banjir kilat.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan kanak-kanak mangsa banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia