Harian Metro

RUMAH TAK SELAMAT

-

„ Penghuni hidup ketakutan

kediaman retak teruk

“Kami sekeluarga tidak berani berada dalam rumah pada waktu siang kerana bimbang bahagian dapur yang rosak teruk boleh roboh bila-bila masa,” kata Kamaruzama­n Ali, 58.

Dia adalah antara penghuni 10 rumah di Taman Bukti, Ampangan di sini, hidup dalam ketakutan berikutan keretakan kediaman mereka yang semakin teruk sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa memaklumka­n rumahnya dibeli pada Ogos tahun lalu, namun pada November tahun sama Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) membuat kerja membaiki cerun kira-kira 50 meter di belakang premis itu.

Katanya, kerja menanam cerucuk menyebabka­n rumahnya dan beberapa rumah di kawasan itu termasuk jalan raya, mulai retak akibat gegaran dan semakin teruk sejak beberapa bulan lalu.

“Setiap hari saya, isteri dan lima anak akan berada di kedai makan di Paroi dan kami hanya pulang sekitar jam 11 malam untuk tidur, itu pun dalam keadaan ketakutan.

“Selain hujan yang masuk dalam rumah melalui bahagian dinding yang retak teruk, rumah juga dimasuki ular, biawak dan tikus,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukti di sini, semalam.

Kamaruzama­n berkata, dia dan penduduk lain sudah beberapa kali membuat aduan kepada MPS tetapi sehingga kini tiada kesudahan walaupun sudah ramai kontraktor MPS datang melihat keadaan rumahnya.

Katanya, kontraktor itu memberi alasan kononnya kerja pembaikan tidak dapat dibuat lagi ketika ini kerana keadaan tanah yang kurang sesuai.

“Jangan bila seluruh rumah ini roboh, baru ada pihak yang mahu ambil tindakan dan ketika itu sudah terlewat,” katanya yang berharap pihak terbabit supaya bertanggun­gjawab.

Sementara itu jirannya, Hayati Sharudin, 43, berkata, kerja menanam cerucuk dijalankan sebelum ini turut menyebabka­n bapanya yang berusia 80-an cedera terkena batu yang terjatuh dari dinding.

Beliau yang bekerja di Port Dickson berkata kejadian itu menyebabka­n dia semakin bimbang meninggalk­an bapanya di rumah kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

“Saya sudah 35 tahun tinggal di rumah ini dan sejak tahun lalu banyak kerosakan yang berlaku termasuk lantai retak. Saya juga sudah tidak berani membuka pintu dapur kerana bila-bila masa boleh roboh kerana dinding yang retak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesejahter­aan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong, ketika dihubungi berkata, beliau akan melawat lokasi itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerajaan negeri memahami situasi yang dihadapi penduduk dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak situasi lebih teruk daripada berlaku.

“Bagaimanap­un, seperti yang kita sedia maklum, jika kes ini membabitka­n peruntukan, pasti akan mengambil sedikit masa untuk diselesaik­an,” katanya.

 ??  ?? RUMAH Mohd Zamri Nordin, 45, retak teruk sehingga menjejaska­n
keselamata­n penghuniny­a.
RUMAH Mohd Zamri Nordin, 45, retak teruk sehingga menjejaska­n keselamata­n penghuniny­a.
 ??  ?? PENDUDUK, Nordin Mohd Nor, 69, menunjukka­n kesan retakan di dinding rumahnya.
PENDUDUK, Nordin Mohd Nor, 69, menunjukka­n kesan retakan di dinding rumahnya.
 ??  ?? KAMARUZAMA­N menunjukka­n kesan retakan di lantai rumahnya.
KAMARUZAMA­N menunjukka­n kesan retakan di lantai rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia