Harian Metro

AIR KANJI GANTI SUSU

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu yang dilalui Raja Rasiah Raja Ibrahim, 47, sekeluarga selepas anak keduanya, Mohd Amier Firdaus, 18, terlantar dalam keadaan separuh sedar sejak tiga tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Sepanjang tempoh itu, Raja Rasiah menyifatka­n kehidupan mereka berubah 100 peratus dan pelbagai dugaan dilalui mereka sekeluarga termasuk dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa.

Menurutnya, perbelanja­an anak kedua daripada empat beradik itu saja RM2,000 sebulan menyebabka­n kehidupan mereka tertekan kerana bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 tidak mencukupi.

Katanya, bukan saja Mohd Amier yang terlantar sakit, dia sendiri menghidap penyakit jantung dan darah tinggi manakala suami, Mohd Hijazi Ismail, 55, pula tidak mampu bekerja kuat akibat penyakit kencing manis kronik.

“Saya sedih kerana ada ketika kami tidak mampu membeli susu khas berharga RM87 satu tin untuk Mohd Amier dan menggantik­an air kanji masakan nasi dengan harapan memberi tenaga.

“Biarpun menyedari air kanji nasi mungkin tidak baik untuk kesihatan Mohd Amier namun saya terpaksa. Saya cuba menukar susu biasa untuk menjimatka­n kos, namun badan anak tidak boleh terima dan keadaannya menjadi lesu.

“Doktor memaklumka­n peluang untuk Mohd Amier kembali pulih tipis dan walaupun diuji masalah kewangan, saya kuatkan semangat serta menjaga anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang tinggal di Kampung Batang Merbau.

Raja Rasiah berkata, akibat masalah kewangan yang dialami menyebabka­n dua adik Mohd Amier iaitu Putri Amiera Nurfarisya, 16, dan Putri Amiera Nurfatiha, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2, terpaksa ke sekolah bergilir kerana tidak mampu membayar tambang van RM4 seorang.

“Begitulah situasi yang kami alami, jika duit mencukupi, kedua-dua mereka mampu pergi ke sekolah dan jika sebaliknya hari ini mungkin adik saja ke sekolah, manakala esok kakak pula.

“Bukan saya tidak berusaha mencari wang, saya sebelum ini membuat kuih dan hantar ke kedai namun tidak mendapat sambutan. Hingga kini saya masih membuat kuih sekiranya ada tempahan.

“Saya terpaksa berhutang dengan saudara-mara kerana terdesak. Saya berdoa supaya mampu meneruskan kehidupan dengan baik demi Mohd Amier,” katanya.

Orang ramai yang mahu

Pasangan sakit jaga anak separuh sedar sejak tiga tahun lalu akibat kemalangan

menghulurk­an bantuan menerusi akaun Bank Rakyat 2211911182­21 (Raja Rasiah Raja Ibrahim).

 ??  ??
 ??  ?? RAJA Rasiah memberi susu khas kepada anaknya yang terlantar.
RAJA Rasiah memberi susu khas kepada anaknya yang terlantar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia