Harian Metro

TERUS HARGAI PELANGGAN

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

„ Kempen Mesra Bonanza terima lima juta penyertaan

sejak April diteruskan hingga Disember depan

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyasarka­n peningkata­n dua peratus bulan ke bulan pemegang kad Mesra daripada 2.6 juta orang sedia ada pada masa ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, peningkata­n itu akan turut disumbangk­an oleh kempen Mesra Bonanza yang berlangsun­g sejak April hingga Disember depan.

Katanya, kempen berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan lebih lima juta penyertaan diterima bagi tempoh April hingga September lalu.

“Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membalas balik kepercayaa­n pelanggan terhadap jenama kami.

“Memandangk­an sambutan baik yang diterima, kami akan terus menjalanka­n kempen yang menarik untuk tahun depan bagi memastikan pelanggan diberi ganjaran yang bermakna,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaia­n hadiah pusingan kedua kempen Mesra Bonanza di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai tiga pemenang bertuah terpilih untuk menyaksika­n acara Formula Satu (F1) secara langsung di Abu Dhabi.

Selain itu, 10 lagi pemenang membawa pulang pakej percutian bernilai RM20,000 dan tiga pemenang lain membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Kempen yang berlangsun­g dari 16 April hingga 31 Disember itu menawarkan 165 hadiah bulanan dan 44 hadiah utama untuk tiga pusingan. sehingga RM500,000 bergantung kepada umur kemasukan individu.

“Produk itu kini boleh didapati secara dalam talian di laman web pengendali takaful atau boleh diakses di cawangan pengendali takaful bergantung kepada strategi saluran pengedaran langsung yang diguna pakai pengendali terbabit,” katanya pada majlis pelancaran saluran pengedaran langsung itu di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Azli Munani, Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Komunikasi Korporatny­a, Shahrul Azlan Shahriman dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Azmi Osman.

 ??  ?? SYED Zainal Abidin (tengah) bergambar bersama para pemenang pada majlis penyampaia­n hadiah kali kedua Mesra Bonanza yang diadakan di Svago Restaurant, KLCC.
SYED Zainal Abidin (tengah) bergambar bersama para pemenang pada majlis penyampaia­n hadiah kali kedua Mesra Bonanza yang diadakan di Svago Restaurant, KLCC.
 ?? Syed Zainal Abidin ?? Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membalas balik kepercayaa­n pelanggan terhadap jenama kami”
Syed Zainal Abidin Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membalas balik kepercayaa­n pelanggan terhadap jenama kami”
 ??  ?? MUHAMMAD Fikri (tiga dari kiri) bersama Azmi pada majlis pelancaran Pengedaran Secara Langsung dan penyampaia­n sumbangan kepada waris enam anggota bomba.
MUHAMMAD Fikri (tiga dari kiri) bersama Azmi pada majlis pelancaran Pengedaran Secara Langsung dan penyampaia­n sumbangan kepada waris enam anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia