Harian Metro

Sepakat sokong gas asli

-

Petronas menggesa semua pihak berkepenti­ngan dalam industri gas asli cecair (LNG) mengambil langkah kukuh untuk menyokong gas asli selain peranannya dalam gabungan tenaga global sebagai usaha bersama ke arah ekosistem pasaran mampan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, gas akan berperanan penting dalam gabungan tenaga dan perlu memenuhi permintaan pada masa depan.

“Gas adalah penyelesai­an yang akan terus kekal dan dalam menjadikan gas tersedia untuk pelbagai geografi bukanlah semata-mata sebagai perniagaan yang baik tetapi merupakan tanggungja­wab moral kita bagi memastikan persekitar­an bersih untuk generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Wan Zulkiflee berkata, bagi penerimagu­naan LNG mula memberi kesan sepenuhnya, sokongan gas perlu menjadi tumpuan dalam semua kerjasama industri ini.

“Pengeluar dan pembeli perlu terbabit dalam perbincang­an jujur mengenai penawaran serta permintaan bagi jangka terdekat dan panjang untuk memastikan kestabilan dan jaminan pasaran, selain menggalakk­an pelaburan,” katanya.

Pelabur, pembuat dasar, pengawal selia, pembiaya dan pemboleh industri lain perlu memperoleh pemahaman menyeluruh dan holistik mengenai industri untuk membangunk­an serta melaksanak­an rangka kerja yang tepat, sekali gus memudahkan pencepatan penerimagu­naan

LNG.

 ??  ?? WAN Zulkiflee
WAN Zulkiflee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia