Harian Metro

AS, CHINA PERANG 15 TAHUN LAGI

- Agensi

Bekas pemerintah tentera darat Amerika Syarikat (AS) di Eropah memberi amaran kemungkina­n besar negara itu akan berperang dengan China dalam tempoh 15 tahun berikutan perkembang­an tidak menyenangk­an kebelakang­an ini.

“Saya rasa 15 tahun jika tiada usaha menghalang. Namun kemungkina­nnya amat besar untuk perang berlaku dengan China,” kata Leftenan Jeneral (Bersara) Ben Hodges ketika perhimpuna­n pakar pertahanan di Forum Keselamata­n Warsaw, Poland, kelmarin.

Menurut AFP, Hodges berkhidmat sebagai pemerintah tentera darat Amerika di Eropah sehingga tahun lalu dan kini menjadi pakar kajian strategik dengan Pusat Analisa Dasar Eropah (CEPA) di Washington.

Hodges berkata, sekutu Amerika di Eropah mempunyai kemampuan menghadapi kebangkita­n Russia, namun Amerika perlu fokus mempertaha­nkan kepentinga­nnya di Pasifik.

Sky News melaporkan, Hodges berkata, kejadian ‘kemalangan’ antara kapal pemusnah Amerika dengan kapal perang China di Laut China Selatan, baru-baru ini antara petunjuk peningkata­n ketegangan hubungan kedua-dua negara.

Menurutnya, petunjuk lain ialah peningkata­n kes China ‘mencuri teknologi’ dan mengukuhka­n penguasaan infrastruk­tur dengan membiayai projek di Eropah serta Afrika.

Beliau berkata, China memiliki lebih 10 peratus pelabuhan di Eropah.

Perang perdaganga­n kini tercetus antara China dan Amerika dengan pentadbira­n

„ Bekas pemerintah tentera darat AS beri amaran

berikutan perkembang­an tidak menyenangk­an

Presiden Donald Trump mengenakan tarif bernilai AS$200 bilion (RM835 bilion) bagi barangan China memaksa Beijing membalas dengan tarif AS$60 bilion (RM250 bilion) terhadap import Amerika.

 ??  ?? ARMADA tentera laut Amerika di Laut China Selatan. - AFP
ARMADA tentera laut Amerika di Laut China Selatan. - AFP
 ??  ?? KEJADIAN kapal pemusnah Amerika hampir berlanggar dengan kapal perang China di Laut China Selatan, baru-baru ini. - Agensi
KEJADIAN kapal pemusnah Amerika hampir berlanggar dengan kapal perang China di Laut China Selatan, baru-baru ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia