Harian Metro

Mengejar hujan emas di negeri orang

-

Mexico City: “Samseng cuba membunuh keluarga saya, malah saya sendiri dibelasah teruk oleh penyangak yang meminta wang perlindung­an.

“Tidak tahan lagi, lalu saya memutuskan meninggalk­an rumah dan berjalan ke utara (Amerika Syarikat) bagi mencari kehidupan baru yang lebih baik.”

Begitu kisah Rocael Monterroso, 45, peniaga dari Guatemala yang menyertai perarakan ribuan penduduk Amerika Tengah menuju Amerika sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Sky News, kesukaran hidup akibat kemiskinan, tiada pekerjaan, keganasan serta merebaknya kumpulan samseng memaksa ribuan orang dari pelbagai negara, termasuk Honduras, Guatemala dan Venezuela berhijrah ke Amerika.

Mereka sanggup berjalan kaki ribuan batu dalam cuaca panas mengharung bahaya penjahat di sepanjang laluan Mexico dengan harapan mendapat kehidupan baru yang lebih baik sedangkan Amerika berazam menyekat semua pendatang terbabit.

Semalam, AFP melaporkan Pentagon akan menghantar kira-kira 800 tentera ke sempadan Amerika Mexico, sehari selepas Presiden Donald Trump menyatakan tentera akan digunakan agar rombongan pendatang itu berpatah balik.

Rombongan berkenaan dijangka tiba di sempadan Mexico - Amerika kira-kira sebulan lagi.

Trump melalui Twitter menulis: “Saya akan gunakan tentera bagi Kecemasan Kebangsaan ini. Mereka akan dihentikan!”

Setiausaha

Pertahanan, Jim Mattis, dijangka menandatan­gani arahan penghantar­an tentera itu selewat-lewatnya hari ini.

Pendatang terbabit, sebahagian­nya turut membawa anak-anak yang masih kecil memperjudi­kan nasib dengan perjalanan sejauh ribuan

kilometer sedangkan peluang mereka untuk mendapat suaka politik di Amerika amat tidak pasti.

Media Amerika menemurama­h pendatang yang menyertai perarakan itu dengan semuanya memberi alasan hampir sama iaitu kesukaran hidup dan keganasan di negara sendiri menyebabka­n mereka mahu berhijrah.

Antaranya, menurut Sky News, remaja berusia 16 tahun dari Guatemala, Melvin Alexander, meninggalk­an keluargany­a kerana tidak mahu terbabit dengan kumpulan samseng seperti rakan-rakannya.

“Sudah lama saya tidak ke sekolah kerana miskin. Saya tidak tahu sama ada Presiden Amerika akan membenarka­n kami masuk atau tidak tetapi saya mahu mencuba,” katanya yang tinggal dengan bapa saudara selepas perceraian ibu bapanya. - Agensi

 ??  ?? ROMBONGAN pendatang dari Amerika Tengah berkumpul di bandar Ciudad Hidalgo, selatan Mexico, sebelum meneruskan perarakan menuju Amerika Syarikat. - AFP
ROMBONGAN pendatang dari Amerika Tengah berkumpul di bandar Ciudad Hidalgo, selatan Mexico, sebelum meneruskan perarakan menuju Amerika Syarikat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia