Harian Metro

‘Jangan cuba-cuba’

-

Ottawa: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte melarang orang ramai menggunaka­n ganja walau negaranya sendiri dikenali sebagai tumpuan dunia untuk mendapatka­n bahan terlarang itu secara sah.

Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke Kanada, seminggu selepas negara itu membenarka­n penggunaan dadah berkenaan.

Di Belanda, memiliki, menggunaka­n dan menjual kurang daripada lima gram ganja di ‘kedai kopi’ khusus dibenarkan sejak 1976.

“Ganja yang dijual pada masa ini lebih kuat berbanding sebelumnya dan amat berbahaya untuk kesihatan terutama golongan muda.

“Dasar terbaik adalah jangan cuba. Bunyinya mungkin konservati­f, tetapi saya seru kepada anda semua supaya jangan sesekali mencuba,” kata Rutte ketika memberi ucapan kepada penuntut sekolah tinggi di Kanada, yang turut disertai Perdana Menterinya Justin Trudeau.

Rutte menjelaska­n kerajaanny­a sedang mengkaji kemungkina­n melakukan pembaharua­n. Berbanding Kanada, Belanda mempunyai pendekatan berbeza, yang tidak berjaya sepenuhnya.

“Masalahnya ialah ‘kedai kopi’ terbabit sukar mendapatka­n barangan secara sah kerana undang-undang tidak membenarka­nnya,” katanya, sambil menambah bahawa Belanda sedang mengetuai satu projek untuk memperbaha­rui isu itu. Peraturan baru ganja di Kanada berkuat kuasa 17 Oktober lalu menjadikan­nya negara kedua di dunia membenarka­n dadah itu, selepas Uruguay. - AFP

>>Sinead pernah dilantik sebagai paderi pada 1990-an

 ??  ?? SINEAD memuat naik gambar ini ketika mengumumka­n memeluk Islam. - Agensi
SINEAD memuat naik gambar ini ketika mengumumka­n memeluk Islam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia