Harian Metro

SINEAD O’CONNOR KINI SUHADA

- Agensi

„ Ambil keputusan memeluk Islam selepas alami kemurungan, kecelaruan bipolar, pernah

bayangkan keinginan bunuh diri

Penyanyi rock Ireland, Sinead O’Connor yang mengaku memeluk Islam baru-baru ini, melalui kehidupan bermasalah sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, termasuk mengalami kemurungan serta kecelaruan bipolar.

Sinead, 51, pernah memberitah­u pengacara terkenal Oprah Winfrey pada 2007, dia sering terfikir untuk membunuh diri sebelum akhirnya mendapat bantuan psikiatrik yang membantuny­a mengawal kecenderun­gan itu.

Pada 2016 Sinead tiba-tiba menghilang­kan diri ketika menunggang motosikal di Chicago sebelum memuat naik kenyataan di Facebook menceritak­an trauma dihadapiny­a selama bertahun-tahun.

Kenyataann­ya itu mencetuska­n kebimbanga­n peminat dan keluarga kerana membayangk­an dia mahu membunuh diri, namun ditemui selamat oleh polis di sebuah hotel hanya beberapa jam kemudian.

Setahun sebelum itu, Sinead yang mempunyai empat anak hasil beberapa perkahwina­n mendakwa mengambil dadah berlebihan di sebuah hotel di Ireland.

Polis kemudian menemuinya dalam keadaan selamat dan penyanyi itu ditahan untuk penilaian kesihatan mental di sebuah hospital.

Pada Ogos tahun lalu, dia sekali lagi muncul dalam klip video dari bilik hotel di New Jersey yang mengakui terfikir mahu menamatkan riwayatnya.

Ketika itu dia berkata: “Saya mahu semua orang faham perasaan ini, kerana itulah saya merakam video ini.

“Penyakit mental tidak ubah seperti dadah. Tidak kiralah siapa kamu, ia tidak memilih bulu. Namun lebih teruk lagi apabila ia turut membawa stigma.”

Dia pernah dilantik sebagai paderi pada 1990-an, namun pada 2011 turut lantang menyelar gereja Katolik berhubung skandal seks kanak-kanak.

Sinead yang pernah popular dengan lagu ‘Nothing Compares 2’ itu mengongsik­an gambarnya berhijab di Twitter, baru-baru ini.

“Saya mahu mengumumka­n saya bangga menjadi Muslimah. Nama saya kini Suhada’ Davitt,” katanya dalam keterangan gambar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia