Harian Metro

TAK MAHU HANYUT!

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Jin Wei anggap emas Sukan Olimpik Belia tak beri kelebihan

Perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei enggan terus dibuai mimpi indah susulan kejayaan memenangi pingat emas Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan menegaskan ia bukan satu kelebihan buatnya menjelang Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada, bulan depan.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata, cabaran di Markham dari 12 hingga 18 November depan lebih sukar terutama apabila China akan disertai tiga hingga empat pemain.

“Olimpik Belia dengan Kejohanan Remaja Dunia berbeza. Di Argentina, China hanya ada seorang wakil tapi di Kejohanan Remaja Dunia, mereka mungkin ada tiga hingga empat pemain.

“Suasana kejohanan juga berbeza. Saya tidak fikir menang di Buenos Aires satu kelebihan buat saya. Cuma tidak dinafikan ia meningkatk­an lagi tahap keyakinan saya,” kata Jin Wei ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, semalam.

Jin Wei mencipta sejarah apabila muncul atlet pertama negara meraih emas pada temasya Sukan Olimpik Belia selepas menundukka­n pemain China, Wang Zhiyi 16-21, 21-13, 21-18 pada final dua minggu lalu.

Pemain ranking ke-27 dunia itu berkata, memandangk­an ia penampilan terakhirny­a di peringkat remaja, dia mahu mengakhiri­nya dengan noktah gemilang selain bertekad untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada edisi 2015.

“Saya sebenarnya enggan terlalu fikir mengenai gelaran tapi seboleh-bolehnya saya mahu mengakhiri saingan di peringkat remaja dengan keputusan cemerlang. Saya buat persiapan terbaik menjelang kejohanan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia