Harian Metro

SEDIA HULUR BANTUAN

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Kementeria­n Wilayah cadang bertemu Dr Maszlee selesai isu SSN daif

Kementeria­n Wilayah sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan bagi menyelesai­kan isu sebuah Sekolah Sukan Negeri (SSN) di Wilayah Persekutua­n yang dikatakan berada dalam keadaan daif dan tidak sesuai dengan statusnya selaku sekolah elit.

Justeru, Menteri Wilayah, Khalid Samad mengesahka­n bahawa beliau bercadang mengadakan perbincang­an dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Mesyuarat Kabinet akan datang bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik untuk mengatasi masalah membabitka­n SSN berkenaan.

“Insya–Allah kita akan lihat apa masalah dan bersedia menghulurk­an bantuan kepada sekolah sukan negeri berkenaan, ini kerana pencapaian kontinjen Wilayah Persekutua­n muncul naib juara Sukan Malaysia XIX Perak 2018 (SUKMA) adalah hasil sumbangan pelajar dan bekas pelajar dari SSN.

“Kejayaan ini memudahkan Kementeria­n Wilayah memperuntu­kkan sebahagian bajet tahunan untuk memperbaik­i dan melengkap SSN berkenaan dengan pelbagai kemudahan asas yang sepatutnya ada.

“Bagaimanap­un, kita kena kerjasama dengan KPM kerana SSN berkenaan terletak di bawah bidang kuasa mereka. Kita kena cari jalan untuk membantu SSN berkenaan kerana keberkesan­annya sudah terbukti dengan peningkata­n prestasi kontinjen Wilayah Persekutua­n yang muncul naib juara SUKMA 2018 biarpun mereka berlatih dalam serba kekurangan.

“Oleh itu, saya boleh bincangkan mengenai masalah sekolah sukan ini dengan Menteri Pelajaran semasa kami menghadiri Mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an insentif bernilai lebih RM830,500 kepada atlet dan persatuan sukan yang berjaya meraih pingat di SUKMA 2018, kelmarin.

Khalid berkata demikian ketika mengulas sama ada kementeria­nnya sedia membantu menaik taraf dan memperbaik­i pelbagai kemudahan di SSN Wilayah Persekutua­n yang dilaporkan dalam keadaan daif dan tidak sesuai digunakan seperti dipaparkan dalam siri laporan eksklusif wartawan meja sukan NSTP, sebelum ini.

Pada SUKMA 2018, kontinjen Wilayah Persekutua­n berjaya berada pada kedudukan kedua terbaik daripada 15 kontinjen yang bertanding dengan pencapaian pingat sebanyak 52 emas, 38 perak dan 50 gangsa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia