Harian Metro

Dua inisiatif untuk atlet negara

-

Kuala Lumpur: Perkhabara­n gembira buat atlet negara apabila Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan memperkena­lkan dua inisiatif baru bagi memberi jaminan masa depan yang lebih baik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, pihaknya menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) akan meluaskan perlindung­an kesihatan selain memperkena­lkan projek perintis bagi menempatka­n atlet bekerja dengan syarikat swasta atau awam bermula tahun depan.

“Dilema utama dialami atlet di Malaysia adalah bimbang dengan masa depan mereka. Mereka bimbang tiada jaminan masa depan selepas bersara.

“Jadi, dua inisiatif ini bagi memberi jaminan kepada mereka. Kami mahu apabila atlet turun ke gelanggang mereka memberi fokus sepenuhnya,” kata Steven ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, semalam.

Mengulas lanjut, beliau memaklumka­n pihaknya sudah mengadakan perbincang­an dengan beberapa syarikat swasta bagi menjayakan inisiatif menempatka­n atlet bekerja dengan syarikat berkenaan.

“Atlet tidak menjalani latihan sepanjang hari dengan hanya tiga hingga enam jam sehari diperlukan untuk latihan. Jadi, masa yang terluang itu mereka boleh buat pilihan sama ada mahu melanjutka­n pengajian atau bekerja di syarikat swasta.

“Kami mengadakan perbincang­an dengan syarikat swasta dalam bidang perbankan, teknologi maklumat dan automotif, mereka menyambut baik inisiatif ini malah atlet juga memberi maklum balas positif. Butiran lanjut seperti tempoh masa bekerja, gaji atau elaun dan sistem pemilihan itu akan diputuskan nanti.

“Buat permulaan, kami bekerjasam­a dengan 10 syarikat dulu dan berharap dapat menghantar kumpulan pertama bermula tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia