Harian Metro

Kedudukan Mourinho kembali ‘panas’

-

London: Satu lagi persembaha­n hambar apabila kalah buat kali kelima musim ini, terbaru di tangan Juventus meletakkan kedudukan Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United dalam bahaya menjelang kunjungan Everton di Old Trafford awal pagi Isnin.

Dengan hanya satu kemenangan daripada tujuh perlawanan semua kejohanan, United dilihat sudahpun ketinggala­n jauh daripada saingan kejuaraan, ketinggala­n sembilan mata berbanding Manchester City dan Liverpool, malah bakal kehilangan posisi empat teratas dengan Chelsea, Arsenal dan Tottenham dibezakan dua mata daripada pasukan teratas.

Peluang tetap ada buat United jika Tottenham tewas awal pagi Selasa, namun Liverpool, Chelsea dan Arsenal yakin mampu mengekalka­n penguasaan mereka musim ini ke atas pasukan bawahan Cardiff, Burnley dan Crystal Palace masing-masing.

Pada zaman kemuncak Mourinho, beliau pernah merekodkan kemenangan dalam 151 perlawanan untuk kelab berbeza tanpa kalah di laman sendiri dari 2002 hingga 2011.

Zaman itu nampaknya sudah berlalu apabila jurulatih Portugal itu kerap mencari alasan atas kegagalan United.

Selepas dikecewaka­n juara Itali, anak buah Mourinho kini mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan di Old Trafford dan hanya menewaskan Leicester dan Newcastle .

Everton sebaliknya sudah memintas United dengan tiga kemenangan berturut-turut selepas permulaan hambar ketika pengurusny­a

(gambar)

Marco Silva cuba menyesuaik­an diri.

Silva mengubah rentak permainan dengan tiga pemain gantian iaitu Ademola Lookman, Dominic Calvert-Lewin dan Cenk Tosun yang berkerjasa­ma untuk dua gol lewat permainan dengan menewaskan Crystal Palace hujung minggu lalu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia