Harian Metro

Puel optimis Vardy kembali garang depan gol

-

London:

Vardy menerima sokongan positif

daripada pengurus

Jamie

(gambar)

Leicester City,

Claude Puel yang menyatakan pemainnya akan kembali menemui sentuhan penyudah.

Penyerang itu hanya sekali menembusi gawang gol dalam tujuh perlawanan dan kekal diragui menjelang kunjungan West Ham, awal pagi esok.

Dia mengalami masalah bahagian perut ketika pasukan itu tewas 1-3 di tangan Arsenal, Isnin lalu tetapi dilihat kembali menjalani latihan seperti biasa.

Vardy hanya menemui jaringan sebanyak tiga kali musim ini dan Puel menjangkak­an pemainnya dapat mengekalka­n prestasi yang menyaksika­n dia meledak 60 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak awal kempen 2015-16.

“Dia menamatkan saingan musim lalu dengan 20 gol dan ia normal. Dia akan meraih lebih banyak jaringan secara statistikn­ya. Baru-baru ini dia mempunyai peluang. Dia mempunyai persekitar­an yang baik di sekeliling­nya.

“Ia hanya berkenaan soal mengenai mencari keyakinan dan kestabilan serta corak konsisten dalam permainann­ya kerana dia seorang pemain yang memerlukan perjuangan dalam permainann­ya.

“Jamie mengalami permulaan sukar kerana dia kembali daripada Piala Dunia tanpa pramusim dan tanpa usaha yang baik daripada rakan sepasukann­ya. Selepas itu dia digantung perlawanan (selepas kad merah ketika menentang Wolves).

“Sukar untuk menemui pemain dengan konsistens­i yang bagus dan tumpuan dan mungkin dia ada turun naik tapi ia perkara normal.” - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia