Harian Metro

WELBECK WIRA GUNNERS

- AFP

Danny Welbeck menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk membantu

Arsenal menang 1-0 ke atas Sporting

Lisbon pada saingan Liga Europa semalam, manakala juara tujuh kali, AC Milan tewas di laman sendiri di tangan Real Betis.

Penyerang England, Welbeck meledak gol kemenangan pada minit ke-78 di Portugal selepas memanfaatk­an kesilapan bekas pertahanan Liverpool, Sebastian Coates sekali gus menyaksika­n Gunners meraih kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan Kumpulan E.

Anak buah Unai Emery kini sudah meraih 11 kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an - pencapaian terbaik kelab itu sejak 2007 - dan kini berada di landasan tepat untuk mara ke pusingan 32 terbaik Liga Europa.

Sementara itu, Milan yang dikendali Gennaro Gattuso tercicir mata pertama dalam Kumpulan F apabila jaringan Antonio Sanabria dan Giovani Lo Celso, yang dipinjamka­n dari Paris Saint-Germain, membolehka­n Betis menang 2-1 di Itali.

Patrick Cutrone menjaringk­an gol sagu hati buat Milan yang menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas Samuel Castillejo dilayangka­n kad merah pada masa kecederaan.

Olympiakos menewaskan Dudelange dari Luxemburg 2-0 dalam satu lagi aksi kumpulan sama, manakala juara Scotland, Celtic mengalami kekecewaan di Jerman.

Penyerang Brazil, Matheus Cunha dan pemain sayap Portugal, Bruma - yang menjaringk­an gol ketika menentang Scotland pada aksi persahabat­an bulan ini - masing-masing menemui penyudah pada babak pertama bagi membantu RB Leipzig menang 2-0.

Salzburg meraih kemenangan ketiga berturut-turut untuk kekal di puncak Kumpulan B apabila Munas Dabbur meledak dua gol bagi menewaskan Rosenborg 3-0.

„ Arsenal di landasan tepat sertai

kelompok 32 terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia