Harian Metro

TFC, Air Force perlu tepis tekanan pentas akhir

-

pasukan dan penyokong merasa bertuah apabila perlawanan akhir menjelang tiba. Apa jua peringkat atau tahap setiap perlawanan akhir mempunyai keistimewa­an tersendiri.

Pada hujung minggu ini kita akan dapat menyaksika­n perlawanan akhir Piala Malaysia serta perlawanan akhir Piala AFC. Kedua-dua perlawanan akhir ini membawa tekanan tersendiri.

Di perlawanan akhir Piala Malaysia, pasukan Terengganu FC (TFC) menjadi pasukan pilihan kerana berjaya menumpaska­n gergasi bolasepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Suka atau tidak, kemenangan ke atas pasukan JDT di peringkat separuh akhir bermakna Terengganu harus mengekalka­n prestasi apabila berdepan Perak.

Harapan meningkat apabila Terengganu menumpaska­n JDT dan tekanan menjadi pasukan pilihan merupakan ‘musuh’ yang lebih berbahaya daripada ancaman Perak.

Di perlawanan akhir Piala AFC pula, ada tekanan teristimew­a di atas pasukan Al-Quwa Al-Jawiya atau Air Force Club dari Iraq yang sebelum ini adalah juara bertahan.

Pada 2016, di Doha, Qatar, Air Force Club muncul juara selepas menewaskan Bengaluru FC dari India dengan jaringan tipis, 1-0.

Pasukan ini sekali lagi muncul juara di tahun 2017 dengan menewaskan Istiklol dari Tajikistan di Hisor. Walaupun menang tipis dengan jaringan 1-0 tetapi untuk memenangi Piala AFC di tempat lawan sudah membuktikk­an kekebalan pasukan dari Iraq itu.

Kini pula muncul peluang untuk menjadi juara sebanyak tiga kali berturut-turut. Air Force Club sudah membuktikk­an kemahiran serta kualiti mereka dengan menjuarai dua kali berturut-turut di tempat berkecuali dan tempat lawan.

Tetapi kini buat pertama kali beraksi perlawanan akhir di laman sendiri untuk mencapai sejarah datang dengan tekanan tak terhingga. Harapan penyokong yang pertama kali akan membanjiri stadium Basra Sports City akan menyajikan ramuan unik.

Dan di sinilah kita akan dapat melihat bagaimana pemain Air Force Club mencari jalan mencipta sejarah dan tidak menghampak­an penyokong mereka.

Secara tidak langsung, pasukan Perak dan Altyn Asyr dari Turkmenist­an boleh bernafas lega kerana tekanan sebenarnya lebih dirasai Terengganu dan Kelab Air Force.

Perlawanan akhir bukan saja pertarunga­n skil atau taktik tetapi tekanan bersituasi boleh melemahkan mental pemain.

Adakah Terengganu mempunyai kekuatan mental untuk beraksi perlawanan akhir yang ‘ketiga’ selepas dua final di peringkat separuh akhir menentang n JDT dan adakah Air Force Club boleh muncul juara tiga kali berturut turut dengan kelebihan di laman sendiri?

Kekalahan bagi kedua-dua pasukan, Terengganu serta Air Force Club dalam keadaan serta situasi semasa akan menjadi satu parut yang dalam. Kedua-dua pasukan ini tidak boleh ‘enjoy the final’ malah terpaksa menang.

Sekiranya muncul juara maka pemain Terengganu serta Kelab Air Force akan menjadi legenda!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia