Harian Metro

Kerajaan negeri sedia layar gergasi di SSINS

- Zaid Salim cnews@nstp.com.my

Terengganu: Bagi memeriahka­n suasana final Piala Malaysia malam ini, kerajaan Terengganu bersetuju menyediaka­n layar gergasi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) bagi memberi peluang kepada penonton yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam.

Timbalan Pengerusi Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, pihaknya mengucapka­n terima kasih di atas inisiatif kerajaan negeri memasang layar gergasi berkenaan bagi memberi peluang seluruh warga Terengganu menyaksika­n perlawanan akhir itu bersama-sama.

“Pemasangan layar dalam stadium itu akan membuatkan penyokong merasa seolah-olah final itu diadakan di gelanggang sendiri dan kami berharap peminat tidak melepaskan peluang memberi sokongan terhadap Terengganu,” katanya.

Pada perlawanan separuh akhir kedua Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), lebih 5,000 penyokong Terengganu memenuhi SSIN bagi menyaksika­n perlawanan itu menerusi layar gergasi yang dipasang di dalam stadium berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PBSNT berkata, perlawanan akhir itu akan turut disiarkan secara langsung di televisyen.

“Kita sama-sama mendoakan TFC berjaya mencapai impian membawa pulang piala berprestij itu tahun ini. Dalam pada itu saya menasihatk­an penyokong supaya menjaga disiplin dan jangan terlalu mengikut emosi bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia